SEKOLAH MENENGAH AGAMA ATAS SULTAN ZAINAL ABIDIN, JALAN SULTAN MAHMUD, 20400 KUALA TERENGGANU, TERENGGANU DARUL IMAN * TEL:09 6221086 * FAX:09 6317086 * Email:smaasza58@gmail.com *

Thursday, June 30

Larian Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia


Terkini!
Majlis Pelancaran Larian 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia peringkat Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu  akan diadakan di Taman Rekreasi Batu Burok, Kuala Terengganu pada 02 Julai 2011 (Sabtu).  Pelancaran larian adalah secara serentak di seluruh negara.
Majlis Pelancaran Larian Serentak 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia peringkat negara akan diadakan di Padang Esplanade, Taiping, Perak.  Siaran langsung majlis ini boleh disaksikan menerusi Portal EduwebTV di alamat www.eduwebtv.com mulai jam 7.30 sehingga 9.00 pagi. 
 
Majlis larian ini akan bermula pada jam 6.30 pagi  dan dijangka sebanyak 13 buah sekolah akan menghantar peserta masing-masing seperti berikut:-
  1. SMK Sultan Sulaiman                       - 150 orang
  2. SMKA Sheikh Abd. Malek                 - 150 orang
  3. SMK Padang Midin                           - 100 orang
  4. SMK Ibrahim Fikri                             -   60 orang
  5. SM Teknik Terengganu                     -   60 orang
  6. SMK Vokasional Terengganu            - 100 orang
  7. SM Sains Sultan Mahmud                 -   60 orang
  8. SMKA Tok Jiring                                 - 100 orang
  9. SM Sains Terengganu                        - 100 orang
  10. SMA(A) Sultan Zainal Abidin           - 200 orang
  11. SMA Sultan Zainal Abidin Ladang      - 100 orang
  12. SMA Khairiah                                      - 100 orang
  13. SM Imtiaz Kuala Terengganu              -   50 orang
                                                                         1,330 orang
Masa larian adalah serentak (flag-off) bermula 7.45 pagi.  Syabas kepada pelajar-pelajar SMAASZA yang terpilih dan buatlah yang terbaik.
Selain daripada itu, pada masa yang sama di peringkat sekolah, SMAASZA  telah menubuhkan jawatan kuasa khas sempena larian 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia.

JAWATANKUASA INDUK PERINGKAT SEKOLAH
LARIAN 1MURID 1SUKAN 1MALAYSIA

Pengerusi
Encik Hashim bin Embong (Pengetua)
Timbalan Pengerusi
Puan Rakiah bt. Tengah (PK1)
Naib Pengerusi 1
Puan Zalina bt Hassan (PK KoKu)
Naib Pengerusi 2
Encik Mohamad bin Mud (PK Tingkatan 6)
Setiausaha
Encik Amir Hussin bin Ali


















Semua Ketua Bidang
Encik Ahmad Nozli
Encik Ibrahim Mohd Sharif
Puan Noor Yasmin Baharuddin
YM Sharifah Aishah Syed Abd Rahman
Puan Fatimah Mohamad
Encik Abdul Rahim Abd Razak
YM Engku Hassan Engku Wok Zin
Encik Rosdi Mat Rani
Puan Muzaidah Ismail
Encik Wan Rosli Wan Ismail
Puan Salbiah Mohd dagang
Puan Wan Shamsiah Wan Ali
Puan Halimah Long
Puan Wan Norizam Wan Abdullah
Puan Norfaedah Hassan
Puan Wan Nabilah Wan Ismail
Puan Wan Faridah Wan Abdullah
Read More

Wednesday, June 29

OBJEKTIF SEKOLAH

OBJEKTIF SMAASZA

Objektif Umum

        Mendidik pelajar ke jalan yang diredhai Allah dengan kekuatan Iman, Amal dan Taqwa bagi melahirkan pelajar yang cintakan kecemerlangan ilmu, kemurnian akhlak dan keluhuran peribadi kearah pembangunan Muslim yang berkualiti.

 Objektif Khusus

        Melahirkan pelajar yang berilmu, beriman, beramal, berakhlak mulai dan berketrampilan.
        Melahirkan pelajar berpengetahuan, mahir dan cekap dalam
Bahasa Melayu, Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris.
        Melahirkan pelajar yang dapat mewujudkan sahsiah yang baik
dalam hubungan sosial di sekolah dan dalam masyarakat.
        Melahirkan pelajar yang mantap dari segi emosi dan cergas dari segi jasmani.
        Melahirkan pelajar yang mempergunakan bakat sebagai asas kerjaya.


Read More

Tuesday, June 28

VISI DAN MISI SEKOLAH

V I S I

SMAASZA Terbilang 2015

M I S I

Meningkatkan Kemampuan dan Keberkesanan
Program dan Aktiviti Sekolah
Untuk Melahirkan Individu
Yang Berilmu, Beriman
Beramal, Berakhlak Mulia
Berkebolehan dan Berwawasan

MOTO

Bersama Mencipta Kegemilangan

SLOGAN

Kalau Bukan Kita Siapa Lagi!
Read More

PIAGAM PELANGGAN SEKOLAH

Definisi
Satu komitmen bertulis agensi kerajaan kepada pelanggan untuk memberikan perkhidmatan atau keluaran mengikut standard tertentu.  Komitmen ini dipamerkan kepada pelanggan.

PIAGAM PELANGGAN SMAASZA
  • Memastikan tenaga guru yang cukup, berkemampuan dan berdedikasi.
  • Memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar mengikut perancangan dan program yang disusun rapi serta tepat pada waktunya.
  • Menyediakan kemudahan prasarana persekolahan seperti kemudahan tempat belajar, asrama, tempat sukan/rekreasi, peralatan pengajaran, makmal bahasa, makmal sains, bilik komputer, perpustakaan dan kaunseling.
  • Memberi maklumat terkini yang diperlukan oleh pelajar dengan cepat dan tepat.
  • Memastikan pemuafakatan antara pelajar dengan pelajar, pelajar dengan guru dan guru dengan guru menjadi komitmen sekolah.
  • Memastikan pelajar lepasan SMAASZA mempunyai akhlak dan keimanan yang teguh serta keintelektualan yang tinggi bedasarkan bidang ilmu.
  • Meningkatkan mutu disiplin setiap pelajar.
  • Memberikan kemudahan pemakanan, kesihatan, kewangan dan pengangkutan.
  • Menjalinkan hubungan muhibah antara sekolah dengan ibubapa.
  • Memastikan jentera pentadbiran sekolah merancang dan melaksanakan dasar memanfaatkan sumbe kewangan dengan amanah dan berkesan.
  • Memastikan pelajar-pelajar lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan  PMR, SPM, STPM, STAM dan Syahadah Thanawi.
  • Mengadakan kemudahan kelas tambahan dan bimbingan kepada semua tingkatan tidak kurang dua(2) jam seminggu.
  • Memastikan permohonan pengeluaran dokumen-dokumen seperti suat akuan pelajar, surat berhenti sekolah, surat pertukaran dan sijil-sijil kokurikulum siap tidak melebihi dua(2) hari.
Read More

Monday, June 27

Kejadian Ribut baru-baru ini

Ribut yang melanda sekitar Kuala Terengganu pada 18 Jun baru-baru ini turut memberikan kesan di SMAASZA.  Bersyukur kepada Ilahi kerana kejadian yang berlaku betul-betul selepas selesainya perkhemahan perdana di mana pada 18 hb tersebut majlis penutup perkhemahan di adakan pada sebelah pagi.  Kejadian yang berlaku telah menumbangkan dua batang pokok besar di sekitar padang bola sepak.  Tiada kemalangan jiwa atau kerosakan yang ketara sehinggakan tidak ramai yang menyedari atau yang ingin menyaksikan pokok yang tumbang tersebut.  Namun begitu, penulis rasa kejadian ini patut dijadikan iktibar dan renungan kita bersama.  Orang kata malang tidak berbau!
Beberapa foto sempat dirakamkan untuk dikongsi bersama.  Semoga kita semua akan sentiasa beringat dan saling mengingati betapa kerdilnya kita sebagai hambaNya.
Read More

Sunday, June 26

Motivasi Kejayaan

10 KUNCI KEJAYAAN DUNIA DAN AKHIRAT

1. Kunci ilmu ialah bertanya dan mendengar
2. Kunci kemenangan ialah sabar
3. Kunci tambahnya nikmat ialah perasaan bersyukur
4. Kunci keselamatan dunia dan akhirat ialah takwa
5. Kunci untuk termakbulnya permintaan adalah doa

6. Kunci maksiat adalah kesombongan
7. Kunci solat ialah taharah
8. Kunci ibadah haji adalah ihram
9. Kunci kebaikan adalah berpegang kepada yang benar
10. Kunci syurga adalah tauhid.

Gunakan 10 kunci ini untuk merangsang perubahan diri ke arah kecemerlangan !

Dr Fadzilah Kamsah
Read More

Saturday, June 25

Perkhemahan Perdana 2011


Perkhemahan Perdana Unit Beruniform SMAASZA 2011 telah diadakan pada 16-18 Jun lalu bertempat di padang sekolah.   Sebanyak 7 unit beruniform telah mengambil bahagian iaitu:
  • Pergerakan Pengakap
  • Bulan Sabit Merah Malaysia
  • Pergerakan Puteri Islam
  • Kadet Bomba
  • Kadet Remaja Sekolah
  • Kadet Polis
  • Persatuan Nadi Silat Sekolah
Setiap pasukan menghantar 60 orang kecuali Kadet Bomba dan Kadet Polis masing-masing 30 peserta.  Setiap unit dibimbing dan diawasi oleh guru-guru pemimpin masing-masing.
Di antara objektif perkhemahan kai ini adalah untuk:
  • Memupuk semangat kerjasama antara semua warga SMAASZA yang terlibat
  • Mencungkil bakat pelajar dalam aktiviti kokurikulum
  • Menyelaras unit beruniform secara kolektif
  • Meningkatkan minat pelajar untuk bersaing
  • Memupuk disiplin diri di kalangan pelajar
  • Memupuk semangat kerjasama dan tolong-menolong di kalangan pelajar
 Mari kita saksikan semangat perkhemahan kali ini'.



Read More

Friday, June 24

Sejarah Sekolah

PROFIL

Maklumat Umum Sekolah
Nama Sekolah : Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin
Alamat Sekolah : Jalan Sultan Mahmud, Batu Buruk, 20400 Kuala Terengganu
Kod Sekolah : TFT 3002
Gred Sekolah : A
No Telefon/Faks : 09 6221086 / 096317086
JPN : Terengganu
PPD : PPD Kuala Terengganu
Daerah Pentadbiran : Kuala Terengganu
Bahasa Pengantar : Bahasa Melayu dan Arab
Jenis Sekolah : Sekolah Menengah Agama (SABK)
Sesi : Pagi sahaja
Peringkat : Menengah Rendah, Atas dan Tingkatan 6 (STPM / STAM)

Tarikh Penubuhan
  • 1925 - Menumpang di Sekolah Melayu Paya Bunga, kemudian berpindah dan menumpang pula di Sekolah Melayu Bukit Jambol
  • 1932 - Bangunan baru sekolah didirikan di Kampung Ladang, Kuala Terengganu
  • 1933 - Perasmian bagunan sekolah yang baru
  • 1943 - Bangunan tambahan dibina / pembesaran sekolah
  • 1958 - Penubuhan SMAASZA Batu Burok (pengasingan peringkat persekolahan)
 Pengasas/Tokoh Penubuhan

Penubuhan sekolah ini adalah di atas inisiatif beberapa orang tokoh/pegawai tinggi Melayu (pendidikan agama) seperti Datuk Sri Amar Di Raja, Menteri Besar ketika itu, Datuk Bentara Luar, Ketua Pegawai Pelajaran, Datuk Andika Di Raja dan lain-lain ahli agama ketika itu.

Tapak / Lokasi Sekolah

Tapak asal adalah rumah bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Sri Amar di Raja Kampung  Batu Burok, Jalan Sultan Mahmud, 20400 Kuala Terengganu

Bangunan Sekolah Peringkat Awal
Pada awal penubuhan, sekolah ini menumpang di Sekolah Melayu Paya Bunga dan kemudiannya berpindah ke Sekolah Melayu Bukit Jambul, Kuala Terengganu dengan nama “Madrasah Arabiah”
Pada tahun 1932  sebuah bangunan sendiri telah didirikan di Kampung Ladang, Kuala Terengganu. 
Pada tahun 1933 (15 Rejab 1353H), majlis perasmian sekolah telah adakan dan perasminya ialah DYMM Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah.  Nama sekolah adalah  Madrasah Al-Sultan Zainal Abidin

Pada tahun 1943 (zaman pemerintahan Jepun) DYMM Sultan Sulaiman telah menghadiahkan sebuah balai Istana Maziah untuk menampung pertambahan bilangan pelajar (atas inisiatif Encik Ibrahim  Fikri bin Muhammad (Tan Sri Ibrahim Fikri))

Pada tahun 1952 sebuah asrama didirikan untuk tempat tinggal pelajar yang jauh dari Kuala Terengganu.

Bangunan yang didirikan pada tahun 1933 dan 1943 telah dirobohkan dan diganti dengan bangunan baru

Pada tahun 1958 berlaku perubahan dasar pelajaran sekolah, iaitu dibahagikan kepada dua:-
·         Bahagian Ibtidai (rendah) – pengajian selama 5 tahun
·         Bahagian Thanawi (menengah) – pengajian selama 4 tahun

Pelajar yang menamatkan darjah 6 sekolah kebangsaan akan dimasukkan ke pengajian Ibtidai selama 5 tahun, setelah lulus akan dianugerahkan Sijil Ibtidai dan ini membolehkan mereka me nyambung pelajaran ke peringkat Thanawi  selama 4 tahun lagi untuk memperoleh Sijil Thanawi (Sijil Thanawi ini diakui setaraf dengan Sijil Thanawi Azhar, dan pemegangnya boleh menyambung pengajian ke tahun pertama di Universiti Azhar, Mesir)

Pada tahun 1958 ini juga berlaku pemindahan peringkat pembelajaran di mana bahagian Ibtidai kekal di Kampung Ladang manakala bahagian Thanawi dipindahkan ke sebuah bangunan lama di atas sekeping tanah seluas 8 ekar di Kampung Batu Burok iaitu bekas rumah Allahyarham Datuk Sri Amar Di raja, bekas Menteri Besar Terengganu yang sebelum itu dijadikan Rumah Persinggahan.

Sekolah ini dikenali dengan nama Sekolah Menengah Ugama (Atas) Sultan Zainal Abidin, Batu Buruk atau ringkasnya adalah SMAASZA pada hari ini.
Pada tahun 1962, dua blok bangunan batu dua tingkat telah didirikan, mengandungi 16 buah bilik darjah.

Pada tahun 1965 sebuah dewan yang boleh memuatkan 500 orang pelajar/guru telah didirikan untuk kegunaan perhimpunan, majlis syarahan dan sebagainya.
Pada tahun 1966 sebuah bangunan batu 3 tingkat telah didirikan sebagai bangunan tambahan.  Bangunan ini Telah dilengkapi dengan makmal sains dan sains rumah tangga serta bilik darjah.
Sebuah bangunan asrama untuk pelajar puteri telah didirikan dan bangunan ini boleh menampung kira-kira 150 orang  pelajar.

Read More

Wajah Baru Galeri Smaasza

Galeri sekolah yang telah diberikan nafas baru.  Gambar kecil ialah wajah Galeri sebelum dipulihkan.
Galeri dari dekat
Galeri smaasza ini adalah sebuah bangunan bersejarah yang dibina semenjak zaman penjajah British lagi. Dulunya bangunan ini digunakan sebagai bilik guru kemudiannya menjadi kedai koperasi sekolah.  Bangunan ini kemudiannya telah dibaiki dan diberikan nafas baru lalu dinamakan Galeri Smaasza.  Galeri ini kemudiannya telah dinamakan "Galeri Dato' Amar" sempena pemilik asal bangunan ini iaitu Dato' Sri Amar Diraja bekas MB Terengganu

Read More

Monday, June 13

Pencapaian Koku2011

REKOD PENCAPAIAN KOKURIKULUM
TAHUN 2011

BIL
Aktiviti/Pertandingan/Butir
Tahun
Peringkat
Pencapaian
Catatan
41
Kejohanan Sukan MASMAT Awal Zon A
2011
Zon
Johan

42
Kejohanan Sukan MASMAT Akhir
2011
Negeri
Lelaki  :Johan     
             Naib Johan
             Ke-3
Perempuan;
Johan
Naib Johan
Ke-3

43
Kejohanan Petanq SMA
2011
Negeri
Johan Keseluruhan Lelaki & perempuan

44
Kejohanan Merentas Desa MSSDKTS
2011
Negeri
Terbaik Tempat Ke-33

45
Kejohanan Ping Pong B18 MSSDKTS
2011
Negeri
L: Naib Johan Bergu
P: Johan perseorangan, Naib Johan Perseorangan, Naib Johan Bergu, Tempat Ke-3 Bergu

46
Kejohanan Petanq MSSDKTS
2011
Negeri
Johan Keseluruhan


47
Kejohanan Badminton  MSSDKTS
2011

Pusingan Awal

48
Kejohanan Sepak Takraw MSSDKTS
2011
Negeri
Tempat Ke-3

49
Kejohanan Petanq MSST
2011
Negeri
Johan Keseluruhan

50
Kejohanan Bola Jaring MSSDKTS
2011

Men. Bawah :Separuh Akhir
Men. Atas : Pusingan Awal

51
Kejohanan Bola Sepak MSSDKTS
2011
Negeri
Naib Johan Kump. A

52
Kejohanan Bola Tampar MSSDKTS
2011
Negeri
Tempat ke-3

53
Karnival Ihtifal Ilmi Sanawi Zon 3 Sekolah Menengah Agama Terengganu
2011
Zon
Johan

54
Karnival Ihtifal Ilmi Sanawi (Peringkat Akhir) Sekolah Menengah Agama Terengganu Kali Ke 42
2011
Negeri
Johan Keseluruhan

55
Pertandingan Catur Antara Sekolah-sekolah di Peringkat MSSDKRS
2011
Negeri
Naib Johan Kategori Lelaki Berkumpulan

56
Kejohanan Catur Sekolah-sekolah Menengah Agama Terengganu

2011
Negeri
Juara

57
Sambutan Sehari Hari Puteri Peringkat Negeri
2011
Negeri
Johan (masakan berasaskan sandwich)
Naib Johan (Khat)

58
Elocution Contest
2011
Negeri
Naib Johan Men. Atas

59
Pameran ‘Schoolwide Enrichment Model (SEM)’
2011
Negeri
Naib Johan Dokumentasi SEM Terbaik
Naib Johan Booth SEM Terbaik
Johan Presenter SEM Terbaik
Johan Inovasi SEM
Anjuran JPNT & SUK
Read More

Foto galeri smaasza

SMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZA

HTML