SEKOLAH MENENGAH AGAMA ATAS SULTAN ZAINAL ABIDIN, JALAN SULTAN MAHMUD, 20400 KUALA TERENGGANU, TERENGGANU DARUL IMAN * TEL:09 6221086 * FAX:09 6317086 * Email:smaasza58@gmail.com *

Wednesday, September 21

Lawatan Pengarah BPI

Selamat datang ke SMAASZA!  Terima kasih kepada semua tetamu! 
SMAASZA cukup bertuah kerana menerima kunjungan Pengarah Bahagian Pendidikan Islam (BPI), Kementerian Pelajaran Malaysia, Tuan Haji Abdullah bin Md. Din pada 20 September baru-baru ini. 
Kunjungan julung kali ini amat bermakna buat pelajar lebih-lebih lagi pelajar-pelajar PMR, SPM, STAM dan STPM.  Mereka telah disuntik dengan tip motivasi agar lebih kuat menjelang peperiksaan penting pada tahun ini.
Walaupun kunjungan ini agak singkat sahaja namun kegembiraan jelas tergambar pada wajah seluruh warga SMAASZA.
 

TERIMA KASIH
SILALAH BERKUNJUNG LAGI KE SMAASZA!
Read More

Tuesday, September 20

Sambutan Kemerdekaaan

Sambutan Hari Kemerdekaan yang meriah di SMAASZA.
Dewan Fikri SMAASZA menjadi saksi kepada kelansungan upacara sambutan Hari Merdeka pada tahun ini yang disambut bersekali dengan Hari  Malaysia.
Pelbagai acara diadakan termasuklah deklamasi sajak, nasyid, dikir barat, nyanyian lagu-lagu patriotik, pertandingan mencipta kad ucapan dan beberapa acara lain.  
MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!
Read More

Friday, September 16

Pameran SEM 2011

SEM (Schoolwide Enrichment Model) atau Model Pengayaan Seluruh Sekolah adalah merupakan satu program khas yang menawarkan satu model permulaan untuk berhadapan dengan pelajar-pelajar yang mempunyai pencapaian tertinggi atau pintar cerdas (gifted and talented)dalam akademik.
Salah satu daripada aktiviti SEM adalah untuk mengcungkil kemahiran dan bakat pelajar di dalam pelbagai bidang dengan mengadakan pameran penghasilan pelbagai model untuk keperluan kehidupan manusia.
Untuk itu, satu pameran SEM telah diadakan di Sekolah Menengah Agama Atas Sultan Zainal Abidin (SMAASZA) pada 15 September baru-baru ini.  Pameran ini disertai oleh 10 buah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) di seluruh negeri Terengganu.
SMAASZA telah dipilih sebagai tuan rumah pada tahun ini.  Selain daripada pelajar-pelajar sekolah, pameran ini turut dimeriahkan dengan kehadiran agensi-agensi kerajaan seperti Jabatan Pertanian, MARDI, Jabatan Kimia, Usahawan-usahawan IKS dan sebagainya.
Pameran yang berlangsung selama 1 hari ini telah berjaya mengcungkil bakat dan kemahiran pelajar-pelajar sekolah dalam mencipta pelbagai model.
Read More

Foto galeri smaasza

SMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZA

HTML