SEKOLAH MENENGAH AGAMA ATAS SULTAN ZAINAL ABIDIN, JALAN SULTAN MAHMUD, 20400 KUALA TERENGGANU, TERENGGANU DARUL IMAN * TEL:09 6221086 * FAX:09 6317086 * Email:smaasza58@gmail.com *

Friday, November 25

Ramalan Cuaca

Bagi calon SPM dan STPM, berikut adalah ramalan cuaca bagi Kuala Terengganu selama 1 minggu.  Semoga anda semua bersedia menghadapi keadaaan cuaca yang tidak menentu ini.  Ramalan cuaca ini dipetik daripada Jabatan Meteorologi dan anda juga boleh melawati laman web ini pada link di bahagian akhir entri kali ini.


Ramalan Cuaca K.T
Jumaat, 25/11/2011

Hujan
Sepanjang Hari
Pagi : Hujan
Petang :Hujan
Malam :Hujan
Minimum : 23 °C
Maksimum : 29 °C







Sabtu, 26/11/2011

Hujan
Sepanjang Hari
Pagi : Hujan
Petang :Hujan
Malam :Hujan
Minimum : 23 °C
Maksimum : 29 °C








Ahad, 27/11/2011

Hujan
Sepanjang Hari
Pagi : Hujan
Petang :Hujan
Malam :Hujan
Minimum : 23 °C
Maksimum : 29 °C








Isnin, 28/11/2011

Hujan
Sepanjang Hari
Pagi : Hujan
Petang :Hujan
Malam :Hujan
Minimum : 23 °C
Maksimum : 29 °C








Selasa, 29/11/2011

Hujan
Sepanjang Hari
Pagi : Hujan
Petang :Hujan
Night :Hujan
Minimum : 23 °C
Maksimum : 31 °C








Rabu, 30/11/2011

Hujan
Sepanjang Hari
Pagi : Hujan
Petang :Hujan
Malam :Hujan
Minimum : 23 °C
Maksimum : 31 °C








Khamis, 01/12/2011

Hujan
Sepanjang Hari
Pagi : Hujan
Petang :Hujan
Malam :Hujan
Minimum : 23 °C
Maksimum : 31 °C








Sumber : Dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia
Read More

Friday, November 18

SELAMAT mENGHADAPI PEPERIKSAAN SPM & STPM

Selamat menghadapi peperiksaan SPM dan STPM.  Hadapi perjuangan anda dengan tabah, tenang dan penuh keyakinan.  Segala usaha telah dilakukan dan akhirnya usaha yang paling penting ialah doa kita kepada Allah.  Ingatlah, wahai pelajar SPM dan STPM, apapun yang anda lakukan semuanya adalah dalam perhitungan Allah.  Bersihkan hati, sucikan jiwa.  Jangan lupa bahawa kita semua adalah hamba Allah.

PARA GURU DAN SELURUH WARGA SMAASZA SENTIASA MENDOAKAN KEJAYAAN BUAT ANDA SEMUA.  AMIN. 
Read More

Tuesday, November 15

KONVENSYEN PRA-U


Majlis Konvensyen Pra-U SMAASZA diadakan pada hari ini, 15 November di Bilik Seminar Tingkatan 6. Majlis yang diadakan buat julung kalinya ini telah dirasmikan oleh Tuan Pengetua SMAASZA Encik Hashim bin Embong.

Pelajar Pra-U SMAASZA tahun ini adalah merupakan keluaran pertama setelah tingkatan 6 di SMAASZA yang dibubarkan pada tahun 2007-2009, dihidupkan semula pada tahun 2010.  Oleh itu, majlis pada hari ini sangat bermakna buat anak-anak pelajar juga guru-guru khususnya guru-guru tingkatan 6.

Adalah diharapkan majlis ini akan menjadi titik bermulanya semula kegemilangan tingkatan 6 atau kini Pra-U di SMAASZA, insyaAllah.
Read More

Monday, November 14

Majlis RESTU


Hari yang ditunggu hampir tiba.  Peperiksaan SPM dan STPM semakin menghampiri. Nampaknya, perjuangan pelajar-pelajar yang terlibat di dalam kedua-dua peperiksaan ini sudah tiba ke kemuncaknya.  Penat lelah dan segala daya usaha selama ini akan diuji. 

Sebelum itu, mereka telah diperkukuhkan di dalam satu program iaitu "Majlis Restu".  Oleh itu pada awal pagi Ahad 13 November, semua pelajar SPM dan STPM telah berkumpul di dataran sekolah untuk memohon restu dan nasihat terakhir daripada guru-guru sebelum melangkahkan kaki ke arena perjuangan pada keesokannya.
InsyaAllah segala usaha yang murni pasti akan memperoleh balasan yang setimpal!
Read More

Persaraan 2011

Selamat bersara buat Puan Wan Noor Hidayah binti Wan Abdullah.  Jasamu tetap dikenang.  Guru Bahasa Inggeris yang mesra dipanggil oleh pelajar dengan panggilan 'Teacher Wan' ini mengakhiri dunia perguruan secara rasmi pada 13 November baru-baru ini.  Namun begitu panggilan teacher itu tetap tersemat di hati anak-anak didik beliau.
Satu majlis persaraaan yang sederhana tetapi meriah telah diadakan pada hari tersebut.  Majlis ini telah diadakan di dewan makan Aspuri kerana dewan sekolah digunakan untuk Peperiksaan SPM.
Puan Wan Noor Hidayah sedang menyampaikan ucapan
Jasamu dikenang
Persembahan nasyid khas buat guru tersayang

Walaupun begitu majlis ini tetap meriah.  Istimewanya pada hari tersebut Puan Wan Noor Hidayah telah diiringi ke dewan makan Aspuri dengan menaiki kereta kuda. Penulis tidak sempat merakamkan foto-foto beliau ketika ke dewan makan ini tetapi penulis sempat merakamkan foto-foto beliau ketika bertolak balik dari dewan makan ke dataran sekolah.  Ikuti detik-detik istimewa tersebut.








Budimu Disanjung Jasamu dikenang
Pantun Perpisahan
Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan
Kalau ada sumur di ladang
Boleh saya menumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang
Boleh kita berjumpa lagi
Malam ini menanam jagung
Malam esok menanam serai
Malam ini kita berkampung
Malam esok kita bercerai
Dari mana hendak ke mana
Tinggi ruput dari padi
Tahun mana bulan mana
Dapat kita berjumpa lagi?
Tuan puteri pergi ke Rasah
Pulang semula sebelah pagi
Kita bertemu akhirnya berpisah
Diizin Tuhan bersua lagi

Read More

Foto galeri smaasza

SMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZA

HTML