SEKOLAH MENENGAH AGAMA ATAS SULTAN ZAINAL ABIDIN, JALAN SULTAN MAHMUD, 20400 KUALA TERENGGANU, TERENGGANU DARUL IMAN * TEL:09 6221086 * FAX:09 6317086 * Email:smaasza58@gmail.com *

Thursday, December 29

Mesyuarat Guru 1 2012

Mesyuarat guru dipengerusikan oleh Encik Hashim bin Embong selaku pengetua SMAASZA
Pada Khamis 29 Disember mesyuarat guru kali 1 telah diadakan menandakan lampu perjuangan untuk tahun  2012 telah dinyalakan.  Guru-guru SMAASZA telah menerima tugas dan tanggungjawab masing-masing dengan azam dan semangat baru untuk penggal persekolahan tahun 2012. 
Kulit Buku Pengurusan 2012
Read More

Thursday, December 22

Keputusan PMR 2011

Syabas dan tahniah kepada pelajar 9A
Keputusan PMR 2011 bagi pelajar SMAASZA telah diumumkan pagi tadi oleh Puan Zalina Hassan, Penolong Kanan HEM mewakili Tuan Pengetua di dalam Majlis Pengumuman Keputusan PMR 2011 di Dewan Fikri, SMAASZA.
Keputusan tahun ini mencatatkan kenaikan sebanyak 0.07 peratus berbanding tahun lepas.  Secara keseluruhannya keputusan PMR SMAASZA pada tahun ini mencatatkan kenaikan hampir semua mata pelajaran.  Pendidikan Islam kekal dengan 100% A bersama dengan Kemahiran Hidup. Seramai 67 pelajar telah memperoleh keputusan semua 'A' bagi 9 mata pelajaran yang diambil.
Foto-foto sekitar majlis tersebut. Sila KLIK.
Read More

Thursday, December 15

Ujian Kemasukan Pelajar Tingkatan 1 2012

Kelihatan kenderaan para ibu bapa yang datang seawal jam 8 pagi dalam suasana hari hujan lebat.
Hujan yang turun dengan lebatnya pada pagi Khamis 15 Disember tidak menjadi halangan kepada ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka bagi mengikuti ujian penentuan kemasukan ke tingkatan 1 pada tahun 2012.
Para ibu bapa menunggu dengan sabar di luar galeri sebelum majlis pendaftaran.
Ibu bapa bersama anak-anak mereka tiba di SMAASZA seawal jam 8.00 pagi lagi.
Majlis yang bermula pada jam 9 pagi dengan sesi pendaftaran pelajar berlangsung dalam suasana yang meriah dan kesabaran ibu bapa amatlah dihargai.   Walaupun hujan menjadikan seluruh kawasan basah dengan takungan air di kawasan pejalan kaki, namun semangat dan komitmen ibu bapa bersama anak-anak tidak mudah goyah.

Suasana pendaftaran
Proses pendaftaran dijalankan di Galeri SMASSZA.  Pendaftaran ini adalah untuk menentukan kedudukan bilik ujian bagi para pelajar.  Seramai lebih dari 350 orang telah mendaftar pada hari itu.  Daripada jumlah pelajar yang mengambil ujian ini, dijangka lebih kurang 150 orang pelajar sahaja yang akan diberikan surat tawaran berdasarkan keputusan ujian yang mereka duduki.
Anak-anak pelajar sedang menduduki ujian
Tekun menjawab soalan
Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu(bahagian pendidikan) akan mengeluarkan surat tawaran kemasukan ke SMAASZA kepada pelajar tingkatan 1 berdasarkan keputusan ujian tersebut.

Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada para ibu bapa yang datang dan memilih SMAASZA sebagai destinasi pilihan untuk anak-anak mereka meneruskan pembelajaran di alam menengah.
 KLIK UNTUK MELIHAT FOTO-FOTO YANG LAIN
Terima kasih juga kepada semua yang terlibat di dalam menjayakan program ini.
Read More

Tuesday, December 13

Peperiksaan dah tamat

Peperiksaan SPM dan STPM bagi pelajar Smaasza berakhir pada hari ini dengan kertas PQS bagi SPM dan Pengajian Am 1 bagi STPM.  Hooray!!!
Peperiksaan keseluruhannya akan berakhir pada 14 Disember bagi SPM dan 15 Disember bagi STPM. 
Pelajar adalah dinasihatkan supaya menggunakan masa bercuti yang panjang ini sebaik mungkin.  Jangan leka dan abaikan begitu sahaja sebaliknya masa yang ada boleh dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti berfaedah seperti kem motivasi, seminar, kursus ataupun boleh mencari pengalaman bekerja sambilan. 
Walau apapun yang anda lakukan, lakukanlah dengan sebaik mungkin.
Selamat bercuti........
Read More

Foto galeri smaasza

SMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZA

HTML