SEKOLAH MENENGAH AGAMA ATAS SULTAN ZAINAL ABIDIN, JALAN SULTAN MAHMUD, 20400 KUALA TERENGGANU, TERENGGANU DARUL IMAN * TEL:09 6221086 * FAX:09 6317086 * Email:smaasza58@gmail.com *

Saturday, February 25

Penggambaran Majalah Sekolah 2012

Penggambaran untuk majalah sekolah telah diadakan pada 19 Februari baru-baru ini.  Pada tahun ini, Dewan Fikri telah dipilih sebagai latar dan lokasi penggambaran.
Aksi 1 : Pelajar dan guru bekerjasama, jurufoto sedang memilih sudut terbaik
Aksi 2 : Pelajar tingkatan 1 sedang beraksi!
Aksi 3 : Pelajar puteri sabar menunggu giliran
Pelajar-pelajar yang terlibat pada hari pertama penggambaran ini sangat seronok dan teruja terutamanya pelajar baru tingkatan 1.  Berikut adalah foto-foto pada hari pertama penggambaran.
Read More

Monday, February 6

Lawatan Mahabbah SMKA Sultan Azlan SHah, Bota, Perak - 6 Feb 2012

Pada 6 Februari  2012, SMAASZA telah menerima kunjungan dari Sekolah Kluster Kecemerlangan SMKA Sultan Azlan Shah yang telah berkunjung dari Bota, Perak dengan harapan dapat melihat sendiri keadaan di SMAASZA terutamanya berkenaan Program Kecemerlangan Akademik dan Sahsiah yang dilaksanakan di sini.

Kehadiran 25 orang yang terdiri daripada pentadbir, guru-guru agama dan kaunselor tersebut telah disambut oleh tuan pengetua bersama PK HEM Puan Zalina Hassan, dan sebahagian dari guru-guru SMAASZA. Rombongan telah diberi penerangan oleh tuan pengetua di dalam Bilik Mesyuarat dan dibawa melawat sekitar kawasan SMAASZA oleh pengawas sekolah dan guru-guru yang berkenaan. Adalah diharapkan dengan kerjasama yang terjalin ini  dapat menjadi pemangkin kepada kerjasama yang lebih erat pada masa hadapan.






Pengetua menyerahkan MOU yang telah ditandatangani






Bertukar cenderahati di antara dua sekolah






 Bertukar cenderahati di antara dua sekolah

Untuk melihat lebih banyak lagi gambar-gambar yang dirakam, anda bolehlah klik pada Album Smaasza
Read More

Sunday, February 5

SMAASZA JUARA MAULIDUR RASUL 1433/2012

Sekolah Menengah Agama Atas Sultan Zainal Abidin Kuala Terengganu muncul sebagai juara perarakan Maulidur Rasul 1433H/2012 yang berlangsung dalam suasana ceria dan indah.  Ini merupakan kemenangan yang sungguh bermakna buat sekolah selepas diisytiharkan sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan pada tahun 2011.
Kemenangan kali ini juga mencatatkan rekod cemerlang kokurikulum sekolah kerana pasukan Maulidur Rasul pada tahun ini berjaya mengekalkan kejuaraan selama 5 tahun berturut-turut.  Tahniah dan syabas buat pasukan sekolah serta guru-guru yang bertungkus lumus menjayakannya.  Terima kasih kepada seluruh warga SMAASZA yang memberikan sokongan dan sumbangan kepada pasukan tahun ini.
Pengetua mempamirkan hadiah yang dimenangi di dalam Sambutan Maulidur Rasul 1433H/2012

Sijil yang dimenenangi
Sebagai juara, SMAASZA memperoleh RM2000 dan sijil.  Sebenarnya bukan hadiah yang menjadi pertaruhan tetapi semangat cintakan Rasulullah S.A.W yang ditunjukkan oleh pasukan sekolah patut dijadikan contoh oleh pelajar-pelajar lain.  Syabas sekali lagi diucapkan kepada pasukan Maulidur Rasul 1433H/2012.  Klik Untuk lihat foto-foto sekitar sambutan Maulidur Rasul 1433H/2012.
SMA Khairiah memenangi tempat kedua dan UNISZA  ketiga dalam kategori Sekolah/IPTA.
Pasukan SMA Khairiah
Pasukan UNISZA
Read More

Thursday, February 2

Pra Perayaan Maulidur Rasul 2012/1433H

Pelajar SMAASZA sedang berlatih untuk Sambutan Maulidur Rasul 1433H
 Pelajar-pelajar SMAASZA bertungkus lumus mengadakan latihan/pra Sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini.  Sambutan Maulidur Rasul S.A.W yang jatuh pada hari Ahad ini 5 Februari/12 Rabiulawal 1433H membawakan tema “PERSEFAHAMAN ASAS PERPADUAN UMMAH”.  Klik untuk lihat foto-foto lain.
Di peringkat kebangsaan, Sambutan Maulidur Rasul tahun ini akan diadakan pada 5 Februari 2012, bertempat di Dewan Solat Utama, Masjid Putra, Putrajaya. Klik Aturcara Sambutan Maulidur Rasul.
Banner ni dipetik dari Kulanz Salleh Blog, T.kasih
Read More

Foto galeri smaasza

SMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZA

HTML