SEKOLAH MENENGAH AGAMA ATAS SULTAN ZAINAL ABIDIN, JALAN SULTAN MAHMUD, 20400 KUALA TERENGGANU, TERENGGANU DARUL IMAN * TEL:09 6221086 * FAX:09 6317086 * Email:smaasza58@gmail.com *

Monday, May 28

Lawatan Kerja Pengerusi Panel Penasihat SKK

Pada hari Khamis 24 Mac, Pengerusi Panel Penasihat Sekolah Kluster Kecemerlangan Y.Bhg. Tan Sri Datuk Seri Panglima Dr. Abdul Rahman Arshad telah datang ke SMAASZA dalam siri lawatan ke 3 buah sekolah kluster di Terengganu iaitu :
  • SM Sains Kuala Terengganu
  • SK Dusun Kuala Berang
  • SMA(Atas) Sultan Zainal Abidin Kuala Terengganu
Lawatan ini adalah bertujuan untuk melihat aspek kepemimpinan dan pelaksanaan program kurikulum dan kokurikulum sekolah, khususnya program yang dibangunkan sebagai bidang kebitaraan (niche area) sekolah.
SMA(Atas) Sultan Zainal Abidin telah dipilih sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan pada tahun 2011 dalam bidang kebitaraan Sains dan Silat.

Di antara Atur Cara Lawatan adalah seperti berikut:
Ketibaan Rombongan Lawatan Kerja
Ketibaan disambut dengan Persembahan silat oleh Persatuan Nadi Silat SMAASZA
Sesi Bergambar
Taklimat ringkas oleh Pengetua
Lawatan ke sekitar kawasan sekolah
Lawatan dan merasmikan Dewan Terbuka Silat SMAASZA
Ucapan Tan Sri Datuk Seri Panglima Dr Abdul Rahman Arshad
Jamuan  tengahari
Meninggalkan titipan kenangan di dalam buku pelawat
Bertolak pulang
Terima kasih diucapkan kepada Tan Sri Datuk Seri Panglima Dr Abdul Rahman Arshad dan isteri serta pegawai-pegawai JPN yang mengiringi lawatan kerja ini.

Jazakallah Khair

(جزاك الله خير)
'May Allah grant you goodness'

Read More

Wednesday, May 16

Terima Kasih Cikgu

Hari ini 16 Mei 2012, sambutan hari guru diadakan di semua sekolah termasuklah SMAASZA. Pelbagai aktiviti direncanakan dan telah dilaksanakan. Seawal dari jam 7.30 pagi, ucapan perasmian sempena hari guru dan jamuan ringan untuk para guru disediakan. selepas itu, pelbagai acara menarik yang melibatkan guru-guru dan para pelajar seperti Tarik Tali, tarik Upih, Musical Chair, Boling Nyiur, Lari susun batu bata dan banyak lagi.

Sekitar Hari Guru di SMAASZA :-


Klik untuk foto-foto lain sekitar Hari Guru 2012
Read More

Sunday, May 13

Selamat hari Ibu

Selamat Hari Ibu buat ibu-ibu SMAASZA dan Malaysia amnya. 
 
DALAM REDUP WAJAH IBU

Seraut wajah ibu
Adalah laut kasih tak bertepi
Menghempas ombak rasa ke batu laut
Menyimpan resah masa depan anak
Di celah gelombang dan karang
Akulah yang bermain di gigi air
Menyusun angan dalam kuning pasir
Sambil memintal buih harapan.

Dingin bayu dari pulau bertiup
Membawa pesan duka
Ayah sengsara di laut dalam
Dikepung keringat mentari
Sambil menyimpan lelahnya
Dalam pukat carik dan kolek retak seribu
dialah yang menunggu di birai pantai
seraut resah di wajah ibu
Dengan tangan terbuka
Sambil mengasah doa di langit.

Aku dan dan ayah
laut dan pantai
Adalah bunga hidup yang tumbuh renik
Dalam redup wajah ibu.

Tanjong Malim.
Read More

Thursday, May 3

TAKWIM UJIAN PENGESANAN TOV/OTI 2012


TAKWIM UJIAN PENGESANAN TOV/OTI MENENGAH 2012
Ujian & Cuti Penggal
Mula
Akhir
Hari
Tingkatan
Ujian Pengesanan TOV PMR
29.01.2012
02.02.2012
5
3
Ujian Pengesanan TOV SPM
29.01.2012
15.02.2012
13
5
Ujian Pengesanan TOV STPM
01.02.2012
15.02.2012
10
6 Atas
Cuti Pertengahan Penggal I
09.03.2012
17.03.2012
9

Ujian OTI 1 (PMR)
01.04.2012
05.04.2012
5
3
Ujian OTI 1 Tg 1 & Tg 2
17.05.2012
24.05.2012
6
1 dan 2
Ujian OTI 1 SPM - Pertengahan Tahun
8.05.2012
24.05.2012
13
5
Ujian OTI 1 Tg 4 - Pertengahan Tahun
8.05.2012
24.05.2012
13
4
Ujian OTI 1 STPM - Pertengahan Tahun
13.05.2012
24.05.2012
10
6 Atas
Ujian OTI 2 (PMR) - Pertengahan Tahun
20.05.2012
24.05.2012
5
3
Cuti Pertengahan Tahun
25.05.2012
09.06.2012
16

Ujian OTI 3 (Trial PMR)
29.07.2012
2.08.2012
5
3
Ujian OTI 2 (Trial SPM)
28.08.2012
13.09.2012
13
5
Ujian OTI 2 (Trial STPM)
02.09.2012
13.09.2012
10
6 Atas
Cuti Pertengahan Penggal II
17.08.2012
25.09.2012
9

Ujian OTI 4 (Tambah Nilai PMR)
11.09.2012
13.09.2012
3
3
Ujian OTI 2 Tg 4 (Akhir Tahun)
09.10.2012
25.10.2012
13
4
Ujian OTI 2 Tg 1 & Tg 2 (Akhir Tahun)
18.10.2012
25.10.2012
6
1 dan 2
Ujian OTI 2 Tg 6B - Peperiksaan Akhir Tahun
14.10.2012
25.10.2012
10
6 Rendah
Cuti Akhir Tahun
09.11.2012
31.12.2012
53

* Tertakluk kepada pindaan
Sumber: JPNT
Read More

Foto galeri smaasza

SMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZA

HTML