SEKOLAH MENENGAH AGAMA ATAS SULTAN ZAINAL ABIDIN, JALAN SULTAN MAHMUD, 20400 KUALA TERENGGANU, TERENGGANU DARUL IMAN * TEL:09 6221086 * FAX:09 6317086 * Email:smaasza58@gmail.com *

Monday, August 6

Kecoh si burung

pandai pulak burung ni buat aksi yang menarik ini
Foto ini dengAN foto kat bawah sama je...yang bawah tu edit sikit!
Ini telah diedit sikit...burung ni...yang masuk makmal ict tu...
Hari ini kecoh satu makmal pasal burung.  Orang kata kalau rumah dimasuki burung tanda murah rezeki.  Pagi-pagi lagi burung ni yang datang dari mana, tiba-tiba je masuk ke dalam makmal apabila pintu makmal dibuka.
menjeling!

Hampir setengah jam lebih, admin bersama eio berusaha supaya burung tu terbang keluar tapi tak berjaya.  Tak boleh nak buat kerja sebab kesian kat burung tu yang nampaknya dah letih.  Nasib baik tak ada kelas ICTL dan tidak ada yang menempah makmal hari ni, kebetulan pula admin tak ada kelas pagi ni.  Kalau tidak tak tahulah macam mana?
dapat tangkap aksi ni...uh!

Apabila tengok burung tu dah letih, kami berdua memanggil 2 pelajar tingkatan 6 yang kebetulan berada di bilik seminar kerana taklimat MUET.  Mereka berdua inipun tak dapat nak buat apa-apa kerana burung tu macam takut je tengok penyapu terus je terbang tak henti-henti mengelilingi bahagian siling.
senjata yang digunakan untuk menolong burung tu keluar dan membebaskan nya dari terkurung

Susahnya....kesian burung semakin letih kerana asyik terbang je...tiba-tiba burung tu hinggap kat atas softboard dan 2 pelajar tersebut cuba menangkapnya dengan tangan. Hm....burung tu terkejut dan terbang lagi tapi kali ini burung tu tersalah terbang....dah jatuh kat celah kabinet dan almari.
nilah budak 2 orang yang bertungkus lumus cuba menyelamatkan burung tu 
Dua orang pelajar tu cuba nak tarik burung tu keluar, tak dapat kerana burung tu semakin masuk ke dalam.  Dalam dok pikir macam mana nak tarik burung tu keluar tiba-tiba je burung tu menunjukkan dirinya dicelah almari.  Cepat-cepat budak 2 orang tu pegang ekornya.....aduh! Ekornya memang dapat dipegang tetapi..... tiba-tiba je burung tu menjadi kuat dan buat aksi meronta-ronta sehinggakan ekornya tercabut...aduh! Kira punya kira adalah cukup-cukup 7 helai bulu pelepah bahagian ekor....ingatkan burung tu dah tak boleh terbang rupanya dengan selambanya burung tu....buat aksi lentoknya dan terus terbang keluar dari makmal....lega tapi kami tak sempat nak ambil gambar aksi burung tu terbang keluar kerana terlalu pantas pergerakan burung tu....habis cerita!  tada..!!!
inilah bulu yang terpaksa dikorban dalam proses untuk membebaskan burung daripada terkurung
Penyelamat burung..terima kasih

Read More

Thursday, August 2

Jasamu dikenang


سلامت برسارا




ڤوان مريام هيتم
جاسمو دكنڠ
ككال ابادي دالم ايڠتن
Read More

Foto galeri smaasza

SMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZA

HTML