SEKOLAH MENENGAH AGAMA ATAS SULTAN ZAINAL ABIDIN, JALAN SULTAN MAHMUD, 20400 KUALA TERENGGANU, TERENGGANU DARUL IMAN * TEL:09 6221086 * FAX:09 6317086 * Email:smaasza58@gmail.com *

Tuesday, February 18

Sukantara & Marathon SMAASZA (30 Jan 2014)

Sukantara dan merentas desa merupakan acara tahunan sekolah yang akan diadakan pada awal tahun, pembuka bagi acara-acara lain di sekolah. Tahun ini, program tersebut berjalan dengan lancar dan begitu meriah sekali. Semua guru dan pelajar telah menjayakan aktikivi kali ini dengan cemerlang. 

Rumah Kuning telah muncul sebagai johan keseluruhan dengan mata sebanyak 75 dan diikuti oleh rumah Biru dengan pungutan mata sebanyak 71, manakala tempat ketiga rumah Hijau dengan 70 mata dan tempat keempat rumah Merah 66 mata. Pungutan mata tersebut diperolehi melalui acara  yang dipertandingkan seperti bola jaring, bola sepak, badminton, sepak takraw, petanq, ping pong, bola tampar, futsal dan marathon.

Semoga SMAASZA akan terus menonjol dalam melahirkan lebih ramai juara. Kita nantikan kemenangan yang lebih hebat dalam MASMAT dan MSSDKT, insha Allah...Disertakan di sini beberapa gambar kejohanan, jika berminat untuk melihat lebih banyak gambar sekitar kejohanan berlangsung, bolehlah berkunjuung ke album smaasza .


Yeahhh...pertandingan dah nak dimulakan!!!

Semangat Rumah Hijau

Di antara peserta terawal yang sampai ke garisan penamat

Zulkhairi Di antara peserta terawal yang sampai ke garisan penamat


Di antara peserta terawal yang sampai ke garisan penamat

Guru Ketua Rumah bergambar bersama-sama

Read More

Saturday, February 15

Pelancaran Program Sahsiah Unggul Murid (SUMUR) & Budaya Amalan Guru Penyayang & Program Mentor Mentee

Ahad, 9 Februari 2014 telah diadakan pelancaran program SUMUR & Budaya Amalan Guru Penyayang & Program Mentor Mentee bertempat di Dataran Smaasza jam 7.30 pagi. Pelancaran program ini telah dirasmikan oleh Yg. Bhg. Tuan Haji Wan Said Bin Wan Salleh (Ketua Sektor, Sektor Pendidikan Islam JPN, Terengganu).

Sahsiah Unggul Murid (SUMUR) adalah idea dan hasrat YB DATO' SERI HISHAMUDDIN BIN TUN HUSSEIN, mantan Menteri Pelajaran Malaysia dan disambut oleh Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (JAPIM) KPM dengan mencetuskan Modul 5C iaitu Murid Contoh, Murid Cerdas, Murid Cerdik, Murid Cergas dan Murid Ceria.

Sumur telah dilancarkan oleh YB. Dato' Noh Bin Omar, Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia pada 29 Oktober 2007 di Sekolah Agama Menengah Tanjung Karang, Kuala Selangor, Selangor. Modul Sahsiah Unggul Murid (SUMUR) telah dimurnikan semula menjadi 4 program utama iaitu Program Budi Bahasa, Program Mutadayyin, Program Penampilan Diri dan Program Jati Diri.

Matlamat modul ini adalah untuk melahirkan murid yang memiliki personaliti terpuji dan boleh dicontohi oleh murid-murid lain, sentiasa memburu ilmu untuk kebahagiaan di dunia dan akhirat, mempraktikkan amalan penjagaan kesihatan yang cemerlang dalam kehidupan seharian, mempunyai ketahanan diri dalam menghadapi cabaran hidup serta berusaha meningkatkan daya kepimpinan dan bersemangat patriotisme.

Berikut merupakan beberapa moment yang dapat diambil semasa hari pelancaran tersebut.

Ketua Sektor SPI bergambar bersama guru-guru lelaki

Kek sempena gimik pelancaran majlis

Pelajar-pelajar bergambar bersama Ketua Sektor dan tuan pengetua Smaasza

Pengetua, En. Hashim juga mengambil kesempatan bergambar kenangan
bersama Ketua Sektor, Tuan Haji W. Said

Read More

Sunday, February 2

Data Guru 2014
    
Gred
Jantina
Jumlah
Lelaki
Perempuan
DG 54
01
0
01
DG 52
0
0
0
DG 48
6
22
28
DG 44
0
09
09
DG 41
05
23
28
DGA 34
0
01
01
DGA 32
1
8
09
JUMLAH
13
63
76


                                                                               Kemaskini Januari 2014
Read More

Foto galeri smaasza

SMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZA

HTML