SEKOLAH MENENGAH AGAMA ATAS SULTAN ZAINAL ABIDIN, JALAN SULTAN MAHMUD, 20400 KUALA TERENGGANU, TERENGGANU DARUL IMAN * TEL:09 6221086 * FAX:09 6317086 * Email:smaasza58@gmail.com *

Tuesday, July 6

Projek Nilam

Pengenalan
Program NILAM(Nadi Ilmu Amalan Membaca) merupakan satu program yang menggabungkan dan mengadun semua aktiviti membaca yang dijalankan di sekolah dengan memberikan ganjaran dan pengiktirafan yang bersesuaian dengan bilangan/jumlah buku yang dibaca/direkodkan.
Program ini telah diperkenalkan pada tahun 1998 setelah kajian literasi oleh Perpustakaan Negara Malaysia mendapati bahawa rakyat Malaysia hanya membaca 2 buah buku setahun.  Manakala kajian oleh institusi yang sama pada tahun 2005 pula mendapati lebih separuh daripada rakyat negara ini membaca secara purata kurang 7 halaman sehari(54.3%).
Lantaran itulah kerajaan Malaysia melalui Pekeliling Ikhtisas Bil 13/1998 telah melancarkan Program Membina Tabiaat Membaca agar rakyat memberi perhatian yang besar terhadap kepentingan membaca dalam usaha melahirkan modal insan kelas pertama.  Untuk itu, kerajaan sedar bahawa usaha mencapai impian tersebut perlu bermula melalui sistem pendidikan sejak sekolah rendah hingga menengah dan satu mekanisme pelaksanaan terancang/sistematik perlu dibentuk agar idea murni tersebut dapat diterjemahkan secara konkrit.
Sehubungan itu, semua sekolah termasuk SMAASZA tidak terkecuali daripada melaksanakan aspirasi negara ini mulai tahun 2010 memandangkan segala prasarana telah tersedia ada seperti perpustakaan.
Matlamat program NILAM
Matlamat Program NILAM adalah untuk membina tabiat membaca secara berterusan dalam kalangan pelajar samada untuk tujuan peperiksaan atau bukan peperiksaan.
Objektif
a.  Memupuk minat membaca sebagai satu budaya
b.  Menggalakkan murid/pelajar supaya banyak membaca
c.  Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca
d.  Dapat melahirkan masyarakat berilmu/modal insan cemerlang sekaligus berjaya membentuk
     masyarakat kelas pertama

Jawatankuasa Induk  
Pengerusi                 : En. Hashim bin Embong (Pengetua)
Naib Pengerusi        : Puan Rakiah Tengah (PK Akademik)
Setiausaha               : Puan Kartina Shafie (Guru Perpustakaan dan Media)
Naib Setiausaha      : Wok Khalida Abdullah (Penyelaras NILAM)
Ahli Jawatan kuasa : PK HEM
                                   PK KK
                                   Penyelaras Bilik Sumber
                                   Ketua Bidang
                                   Wakil Panitia Mata Pelajaran
                                   Wakil PIBG

0 comments:

Post a Comment

Foto galeri smaasza

SMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZA

HTML