Maha suci (Allah) yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad s.a.w.) pada suatu malam hari, dari masjidil Haram ke masjidil Aqsa, yang telah Kami berkati sekelilingnya, karena hendak Kami perlihatkan kepadanya tanda-tanda Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha mendengar lagi Maha melihat." (maksud ayat 1 s.al-Isra')
Peristiwa perjalanan Nabi Muhammad s.a.w dari masjidil Haram (Makkah) ke masjidil Aqsa (Palestin) yang jaraknya sungguh jauh tetapi dengan kekuasaaan Allah s.w.t ianya berlaku hanya 1 malam atau beberapa jam sahaja. Melalui peristiwa ini Nabi Muhammad s.a.w mendapat perintah untuk menunaikan solat lima waktu sehari semalam. Ini adalah di antara intipati ceramah Isra' dan Mi'raj yang diadakan di Dataran Ilmu SMAASZA pada 10 Julai 2011.
Ceramah ini telah disampaikan oleh seorang penceramah jemputan dari UNISZA iaitu Encik Wan Fajrol Hisyam bin Wan Abdullah, seorang pensyarah di universiti berkenaan.
Ceramah yang disampaikan telah menarik perhatian lebih 800 pelajar dan guru kerana cara penyampaian beliau yang menarik.
Kemuncak ceramah beliau telah menjemput seorang pelajar untuk tampil ke pentas memberikan sedikit ulasan atau intisari dari keseluruhan ceramah yang disampaikan.
Pelajar yang menyahut cabaran beliau ialah seorang pelajar dari tingkatan satu yang walaupun kecil tetapi berani. Sekalung terima kasih kepada al-fadhil al-ustaz Wan Fajrol Hisyam Wan Abdullah di atas ceramah yang telah disampaikan.
- Laman Utama
- Profil Sekolah
- Aliran
- Tenaga Pengajar
- Hifzul Al-Quran
- Program Nilam
- Projek Akademik
0 comments:
Post a Comment