SEM (Schoolwide Enrichment Model) atau Model Pengayaan Seluruh Sekolah adalah merupakan satu program khas yang menawarkan satu model permulaan untuk berhadapan dengan pelajar-pelajar yang mempunyai pencapaian tertinggi atau pintar cerdas (gifted and talented)dalam akademik.
Salah satu daripada aktiviti SEM adalah untuk mengcungkil kemahiran dan bakat pelajar di dalam pelbagai bidang dengan mengadakan pameran penghasilan pelbagai model untuk keperluan kehidupan manusia.
Untuk itu, satu pameran SEM telah diadakan di Sekolah Menengah Agama Atas Sultan Zainal Abidin (SMAASZA) pada 15 September baru-baru ini. Pameran ini disertai oleh 10 buah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) di seluruh negeri Terengganu.
SMAASZA telah dipilih sebagai tuan rumah pada tahun ini. Selain daripada pelajar-pelajar sekolah, pameran ini turut dimeriahkan dengan kehadiran agensi-agensi kerajaan seperti Jabatan Pertanian, MARDI, Jabatan Kimia, Usahawan-usahawan IKS dan sebagainya.
Pameran yang berlangsung selama 1 hari ini telah berjaya mengcungkil bakat dan kemahiran pelajar-pelajar sekolah dalam mencipta pelbagai model.
- Laman Utama
- Profil Sekolah
- Aliran
- Tenaga Pengajar
- Hifzul Al-Quran
- Program Nilam
- Projek Akademik
0 comments:
Post a Comment