Monday, November 14
Majlis RESTU
Hari yang ditunggu hampir tiba. Peperiksaan SPM dan STPM semakin menghampiri. Nampaknya, perjuangan pelajar-pelajar yang terlibat di dalam kedua-dua peperiksaan ini sudah tiba ke kemuncaknya. Penat lelah dan segala daya usaha selama ini akan diuji.
Sebelum itu, mereka telah diperkukuhkan di dalam satu program iaitu "Majlis Restu". Oleh itu pada awal pagi Ahad 13 November, semua pelajar SPM dan STPM telah berkumpul di dataran sekolah untuk memohon restu dan nasihat terakhir daripada guru-guru sebelum melangkahkan kaki ke arena perjuangan pada keesokannya.
InsyaAllah segala usaha yang murni pasti akan memperoleh balasan yang setimpal!
0 comments:
Post a Comment