Pelancaran Ihya' Ramadhan
|
Para pelajar sedang mendengar taklimat sebelum memasuki dewan |
|
Tetamu dan para guru |
Sempena bulan Ramadhan pada tahun ini, pihak sekolah telah melancarkan Program Ihya' Ramadhan. Majlis pelancaran program ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Profesor Dato' Dr. Ahmad Zubaidi bin A. Latif selaku Yang Dipertua PIBG SMAASZA. Majlis yang berlangsung di Dewan Fikri ini telah disaksikan oleh para guru dan pelajar seawal pagi.
|
Ucapan oleh Penolong Yang Dipertua PIBG |
|
Ucapan Yang Dipertua PIBG |
Di dalam majlis ini juga , satu sisipan program iaitu Tabung Ihya' Ramadhan telah dilancarkan dan telah dirasmikan oleh Yang Dipertua dan Penolong PIBG, Pengetua dan Penolong-penolong Kanan.
|
Penolong Kanan Koku meresmikan tabung Ihya' Ramadhan |
|
Penolong Kanan Tingkatan 6 meresmikan tabung Ihya' Ramadhan |
Ketika berucap, Yang Dipertua telah menekankan tentang amalan berbuat kebajikan pada bulan yang mulia ini dengan bersedekah. Menurut beliau, masyarakat khususnya para pelajar, pada lazimnya bersedekah atau menerima sedekah pada hari raya, namun kali ini biarlah amalan yang baik ini dilakukan pada bulan yang mulia ini, "ubahlah persepsi kita tentang bersedekah", ucap beliau.
Ucapan beliau ini sangat bertepatan dengan tema Ihya' Ramadhan pada kali ini iaitu "Ramadhan Menjana Kebajikan Ummah"
0 comments:
Post a Comment