SEKOLAH MENENGAH AGAMA ATAS SULTAN ZAINAL ABIDIN, JALAN SULTAN MAHMUD, 20400 KUALA TERENGGANU, TERENGGANU DARUL IMAN * TEL:09 6221086 * FAX:09 6317086 * Email:smaasza58@gmail.com *

Tuesday, September 22

Persaraan Pengetua SMAASZA

Read More

Monday, August 10

Pelancaran Bulan PSS & Penjenamaan Semula Pusat Sumber Sekolah 8 Ogos 2015

Pusat Sumber Sekolah (PSS) SMAASZA selepas dari pelancaran ini akan dikenali sebagai Pusat Sumber Ibnu Khaldun yang mempunyai ruang kemudahan fizikal, koleksi bahan bercetak dan bukan bercetak serta dikendalikan oleh jawatankuasa PSS  dengan tujuan menawarkan perkhidmatan pendidikan melalui usaha mengumpul, menyimpan dan menyebarkan sumber maklumat pendidikan, disamping menganjurkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Justeru, menyedari hakikat ini, pihak pengurusan PSS Ibnu Khaldun mengambil inisiatif melaksanakan hasrat dan icta-cita ini direalisasikan dengan mengadakan bulan PSS 2015 yang akan berlangsung dari 2 - 30 Ogos 2015.

Pelbagai pengisian yang telah dirancang untuk dilaksanakan sepanjang bulan PSS ini, di antara nya adalah  Pertandingan Menghasilkan Buku Skrap, Pertandingan Teka Silang Kata, Pertandingan Menulis Khat, Kuiz Teknologi Maklumat, Eksplorasi SMAASZA dan banyak lagi. Pihak pengurusan PSS berharap agar bulan PSS 2015 ini akan mendapat sambutan yang hangat dari pelajar-pelajar semua. Acara kemuncak pelancaran Bulan PSS & Penjenamaan Semula PSS, diadakan gimik pelancaran dengan melepaskan 2 ekor burung merpati. Majlis pelancaran bulan PSS ini turut diserikan dengan persembahan dikir arab dari pasukan dikir sekolah.













Read More

Sunday, August 9

Majlis Protokol Makan Beradab Pelajar STPM, STAM, SPM 2015 di Primula Hotel (4 Ogos 2015)

Pada 4 Ogos 2015 pelajar-pelajar kelas peperiksaan iaitu STPM, STAM, SPM 2015 diberikan latihan khusus dalam protokol semasa makan beradab. Pelajar diberikan taklimat berkenaan protokol semasa makan beradab di dewan Fikri sebelum acara praktikal makan beradab diadakan di Primula Hotel sekitar jam 12 tengahari. Menu yang dipilih untuk makan beradab adalah makanan barat.












Read More

Monday, August 3

Lawatan dari Maahad As-Sultan Ahmad Shah Ad-Dini, Bandar Jengka, Pahang (2 Ogos 2015) 32 pelajar dan 12 guru







Read More

Kem Pemantapan Akidah Sekolah Menengah Kementerian Pendidikan Malaysia Peringkat Negeri Terengganu 2015

Pada 30 Julai - 1 Ogos 2015, SMAASZA telah menjadi tuan rumah bagi Kem Pemantapan Akidah anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia bagi peringkat negeri Terengganu.







Read More

Sunday, July 26

Sambutan Hari Raya Peringkat SMAASZA 2015

Pada 25 Julai 2015, SMAASZA telah mengadakan sambutan hari raya peringkat sekolah. Majlis ini telah disambut dengan meriahnya dengan tetamu kehormat Tuan Haji Wan Said Bin Wan Salleh (Ketua Sektor Pendidikan Islam) yang akan bersara wajib pada 27 Julai 2015 ini. Majlis sambutan hari raya turut sama diserikan dengan bekas pelajar smaasza yang datang berkunjung untuk sama-sama meraikan sambutan Hari Raya di SMAASZA.

Pelajar-pelajar yang berdisiplin, beratur untuk mengambil juadah masing-masing

Kek Hari Raya yang sangat besar

Laksa dan Roti Jala

Sate, ketupat, dan tapai

Pelbagai Kuih muih, pemanis mulut

Suasana kemeriahan sambutan di dalam dewan

Gerai-gerai juadah tersedia menanti untuk tetamu yang hadir

Hiasan dewan yang sangat indah siap dengan Photo Booth dan Buaian

Encik Zarawi tersenyum manis sambil menanti gelasnya penuh dengan air sirap :)

Tuan Haji Wan Said Wan Salleh diraikan bersama-sama pihak pengurusan 

Guru-guru yang sabar menanti majlis sambutan hari raya dimulakan
Read More

Tempat Ketiga Kalam Jamaie & Dikir Arab Piala YDSM

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi kerana pasukan SMAASZA telah berjaya merangkul tempat ketiga untuk dua kategori yang dipertandingkan dalam pertandingan anjuran Yayasan Diraja Sultan Mizan iaitu kategori Kalam Jamaie dan Dikir Arab. Semoga pasukan SMAASZA akan terus suksess di masa akan datang .




Read More

Foto galeri smaasza

SMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZA

HTML