SEKOLAH MENENGAH AGAMA ATAS SULTAN ZAINAL ABIDIN, JALAN SULTAN MAHMUD, 20400 KUALA TERENGGANU, TERENGGANU DARUL IMAN * TEL:09 6221086 * FAX:09 6317086 * Email:smaasza58@gmail.com *

Tuesday, July 1

Pelancaran Ihya' Ramadhan


Para pelajar sedang mendengar taklimat sebelum memasuki dewan 
Tetamu dan para guru 
Sempena bulan Ramadhan pada tahun ini, pihak sekolah telah melancarkan Program Ihya' Ramadhan. Majlis pelancaran program ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Profesor Dato' Dr. Ahmad Zubaidi bin A. Latif selaku Yang Dipertua PIBG SMAASZA.  Majlis yang berlangsung di Dewan Fikri ini telah disaksikan oleh para guru dan pelajar seawal pagi.
Ucapan oleh Penolong Yang Dipertua PIBG
Ucapan Yang Dipertua PIBG
Di dalam  majlis ini juga , satu sisipan program iaitu Tabung Ihya' Ramadhan telah dilancarkan dan telah dirasmikan oleh Yang Dipertua dan Penolong PIBG, Pengetua dan Penolong-penolong Kanan.
Penolong Kanan Koku meresmikan tabung Ihya' Ramadhan
Penolong Kanan Tingkatan 6 meresmikan tabung Ihya' Ramadhan
Ketika berucap, Yang Dipertua telah menekankan tentang amalan berbuat kebajikan pada bulan yang mulia ini dengan bersedekah.  Menurut beliau, masyarakat khususnya para pelajar, pada lazimnya bersedekah atau menerima sedekah pada hari raya, namun kali ini biarlah amalan yang baik ini dilakukan pada bulan yang mulia ini, "ubahlah persepsi kita tentang bersedekah", ucap beliau.  
Ucapan beliau ini sangat bertepatan dengan tema Ihya' Ramadhan pada kali ini iaitu  "Ramadhan Menjana Kebajikan Ummah"  
Read More

Tuesday, June 24

Majlis Penutup Karnival Sains dan Matematik

Karnival Sains dan Matematik SKK 2014 yang berlangsung dari 22 Jun telah ditutup dengan rasminya pada hari ini 25 Jun 2014 oleh Yang Berbahagia Tn. Haji Matsor bin Ismail, Ketua  Sektor Pengurusan Akademik Jabatan Pendidikan Terengganu.
Majlis penyampaian hadiah telah berlangsung di dewan Fikri SMAASZA dan telah dihadiri oleh peserta dari semua sekolah yang terlibat. Sebelum itu pada hari Selasa, beberapa pertandingan telah berlangsung antaranya pertandingan:
  1. Roket Air
  2. Sodoku 
  3. Booth Terbaik
  4. Bot Solar 
  5. Pertunjukan Sains
  6. Inovasi Tool kit 2 & 3  
Berikut adalah foto-foto yang sempat dirakamkan sekitar pertandingan dan majlis penutup.















SELAMAT PULANG KEPADA PARA PESERTA PERTANDINGAN DAN GURU PENGIRING
JUMPA LAGI PADA TAHUN HADAPAN, INSYAALLAH!

Read More

Monday, June 23

karnival sains dan matematik SKK kebangsaan 2014


Buat julung kalinya SMAASZA menganjurkan Karnival Sains dan Matematik Peringkat Sekolah Kluster Kecemerlangan pada tahun ini.  Karnival ini bermula dari 22-25 Jun 2014.  Antara sekolah-sekolah yang mengambil bahagian di dalam karnival ini adalah seperti berikut:-
  1. SMA Atas Sultan Zainal Abidin,  Kuala Terengganu, Terengganu
  2. SMK Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu, Terengganu
  3. SM Sains Kuala Terengganu, Terengganu
  4. SMKA Sheikh Abdul Malek, Kuala Terengganu
  5. SM Sains Dungun, Dungun, Terengganu
  6. SMK Seri Jengka, Maran, Pahang
  7. SMK(P) Sultan Abu Bakar, Muar, Johor
  8. Kolej Vokasional Tawau, Tawau, Sabah
  9. SM Imtiaz, Kuala Berang, Terengganu
  10. SM Bandar Utama Damansara 3, Petaling Jaya, Selangor
  11. SMK Pusat Peneylidikan Pertanian Tun Razak, Jerantut, Pahang
  12. SMK Raja Perempuan, Ipoh, Perak
  13. SMK Chukai, Kemaman, Terengganu
Pelbagai acara dipertandingkan seperti Roket Air, Bot Solar, Sodoku dan Inovasi Tool Kit 3.  Selain daripada itu, pameran KoKurikulum juga diadakan disamping gerai-gerai jualan.  Jom ramai-ramai memeriahkannya!!!

ORANG RAMAI DIJEMPUT HADIR MENYAKSI DAN MEMERIAHKAN KARNIVAL KALI INI.
Read More

Sunday, June 22

Temu Murni

Majlis Temu Murni untuk Peperiksaan Pertengahan Tahun 2014 telah di adakan pada 21 Jun baru-baru ini. Temu Murni kali ini melibatkan semua tingkatan 1-6.  Majlis bermula pada jam 9 pagi bertempat di dalam kelas.





Read More

Kejuaraan Pencak Silat SMAASZA 2014


Pertandingan Kejuaraan Pencak Silat SMAASZA Peringkat Negeri Terengganu telah diadakan pada hari Sabtu 21 Jun 2014 baru-baru ini.   Pertandingan kali ini menyaksikan kehebatan pesilat-pesilat sekolah di seluruh negeri Terengganu.


Read More

Saturday, May 24

Logo Sekolah

Logo SMA Atas Sultan Zainal Abidin

Read More

Wednesday, May 21

Buku Sarana Ibu Bapa

Pagi ini, Khamis 22 Mei 2014, suatu majlis mengagihkan buku Sarana Ilbu Bapa telah diadakan di Dataran Ilmu SMAASZA.  Program ini dijayakan oleh bahagian kaunseling sekolah dengan dibantu oleh beberapa orang guru.  Setiap pelajar menerima sebuah buku mewakili sebuah keluarga.  Berikut adalah foto-foto sempena majlis tersebut.






Read More

Sunday, May 4

Juara kalam Jama'ie



Smaasza telah menjuarai Pertandingan Kalam Jama'ie Piala Pusingan Yayasan DiRaja Sultan Mizan 2014 pada April baru-baru ini.  Program Pengukuhan Bahasa Arab ini telah disertai oleh semua sekolah rendah dan menengah negeri Terengganu.  Ini merupakan kejayaan kali kedua buat Smaasza yang juga telah dinobatkan sebagai juara pada tahun lepas.   Syabas dan tahniah buat pelajar dan guru yang telah bertungkus lumus berlatih bagi menggapai kejayaan ini. Usaha gigih anda tidak sia-sia...alhamdulillah!
Berikut adalah foto-foto yang sempat dirakamkan ketika latihan dan ketika membawa pulang piala pusingan tersebut.

Berposing semasa latihan

Budak-budak ni kalau suruh posing suka sakanlah!!!

Budak lelaki pun gitu jugak...malu-malu sikit bila posing!!!



Jurulatih yang sangat dedikasi

Medal untuk setiap ahli


Bergambar kenangan bersama guru jurulatih dan piala pusingan yang dimenangi..tahniah!


Read More

Foto galeri smaasza

SMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZA

HTML