SEKOLAH MENENGAH AGAMA ATAS SULTAN ZAINAL ABIDIN, JALAN SULTAN MAHMUD, 20400 KUALA TERENGGANU, TERENGGANU DARUL IMAN * TEL:09 6221086 * FAX:09 6317086 * Email:smaasza58@gmail.com *

Friday, September 14

Selamat Hari Malaysia

16 September kembali lagi! Rakyat Malaysia mengingati hari yang bersejarah ini di mana pada hari ini Malaysia tanah tecinta ini dikenali di mata dunia.  
Pelajar SMAASZA sangat gembira menyambut hari ini kerana mereka dapat menyambutnya bersama dengan keluarga.  Ini adalah kerana mereka dibenarkan berccuti bermula petang Khamis 13 Sept.

SELAMAT BERCUTI
SELAMAT HARI MALAYSIA!!!
Read More

Monday, August 6

Kecoh si burung

pandai pulak burung ni buat aksi yang menarik ini
Foto ini dengAN foto kat bawah sama je...yang bawah tu edit sikit!
Ini telah diedit sikit...burung ni...yang masuk makmal ict tu...
Hari ini kecoh satu makmal pasal burung.  Orang kata kalau rumah dimasuki burung tanda murah rezeki.  Pagi-pagi lagi burung ni yang datang dari mana, tiba-tiba je masuk ke dalam makmal apabila pintu makmal dibuka.
menjeling!

Hampir setengah jam lebih, admin bersama eio berusaha supaya burung tu terbang keluar tapi tak berjaya.  Tak boleh nak buat kerja sebab kesian kat burung tu yang nampaknya dah letih.  Nasib baik tak ada kelas ICTL dan tidak ada yang menempah makmal hari ni, kebetulan pula admin tak ada kelas pagi ni.  Kalau tidak tak tahulah macam mana?
dapat tangkap aksi ni...uh!

Apabila tengok burung tu dah letih, kami berdua memanggil 2 pelajar tingkatan 6 yang kebetulan berada di bilik seminar kerana taklimat MUET.  Mereka berdua inipun tak dapat nak buat apa-apa kerana burung tu macam takut je tengok penyapu terus je terbang tak henti-henti mengelilingi bahagian siling.
senjata yang digunakan untuk menolong burung tu keluar dan membebaskan nya dari terkurung

Susahnya....kesian burung semakin letih kerana asyik terbang je...tiba-tiba burung tu hinggap kat atas softboard dan 2 pelajar tersebut cuba menangkapnya dengan tangan. Hm....burung tu terkejut dan terbang lagi tapi kali ini burung tu tersalah terbang....dah jatuh kat celah kabinet dan almari.
nilah budak 2 orang yang bertungkus lumus cuba menyelamatkan burung tu 
Dua orang pelajar tu cuba nak tarik burung tu keluar, tak dapat kerana burung tu semakin masuk ke dalam.  Dalam dok pikir macam mana nak tarik burung tu keluar tiba-tiba je burung tu menunjukkan dirinya dicelah almari.  Cepat-cepat budak 2 orang tu pegang ekornya.....aduh! Ekornya memang dapat dipegang tetapi..... tiba-tiba je burung tu menjadi kuat dan buat aksi meronta-ronta sehinggakan ekornya tercabut...aduh! Kira punya kira adalah cukup-cukup 7 helai bulu pelepah bahagian ekor....ingatkan burung tu dah tak boleh terbang rupanya dengan selambanya burung tu....buat aksi lentoknya dan terus terbang keluar dari makmal....lega tapi kami tak sempat nak ambil gambar aksi burung tu terbang keluar kerana terlalu pantas pergerakan burung tu....habis cerita!  tada..!!!
inilah bulu yang terpaksa dikorban dalam proses untuk membebaskan burung daripada terkurung
Penyelamat burung..terima kasih

Read More

Thursday, August 2

Jasamu dikenang


سلامت برسارا




ڤوان مريام هيتم
جاسمو دكنڠ
ككال ابادي دالم ايڠتن
Read More

Wednesday, July 11

Senamrobik 1M1S

Senamrobik 1malaysia 1Sukan telah diadakan pada hari Selasa 10 Julai.  Acara yang berlangsung serentak di seluruh negara ini telah dirasmikan oleh wakil KPP JHEAT Encik Wan Mohd Noor pada jam 8 pagi.





Senamrobik ini telah diketuai oleh sekumpulan jurulatih sukan daripada Unit Pembangunan Keluarga Terengganu.

Semua warga sekolah terdiri daripada guru, pelajar dan kakitangan telah mengambil bahagian dalam suasana yang meriah dan ceria.

Read More

Monday, July 9

Persiapan Senamrobik 1M1S 2012

Senamrobik 1Murid 1Sukan 2012 akan diadakan pada hari Selasa 10 Julai ini.  Semua warga sekolah akan terlibat.  Acara ini akan diadakan di padang sekolah berhampiran dengan bangunan pejabat dan galeri. 
Persiapan pentas dan padang telah diadakan pada hari ini 9 Julai.  Ini adalah rakaman foto yang sempat dirakamkan sekitar persiapan tersebut.



Maju Bersama Sukan
Read More

Program Motivasi Bahasa Inggeris

Program motivasi Bahasa Inggeris telah diadakan pada hari ini Isnin 9 Julai 2012.


Read More

Minggu Sains dan Matematik

Minggu Sains dan Matematik SMAASZA telah diadakan pada 8-12 Julai.  Majlis pelancarannya telah diadakan pada hari Ahad 8 Julai baru-baru ini.
Demontrasi Robotik sempena pelancaran


Read More

Saturday, July 7

Hari Koperasi dan Hari Terbuka PSS 2012

Sambutan Hari Koperasi dan hari Terbuka Pusat Sumber Sekolah (PSS) pada tahun ini diadakan serentak pada Khamis 5 Julai.  Majlis yang bermakna buat kedua-dua badan ini telah dirasmikan oleh Pengetua Cemerlang Smaasza En. Hashim bin Embong.
Pengetua sedang memulakan pelancaran Hari PSS dengan aktiviti "Drop a Book"
Menyanyikan lagu koperasi


Read More

Sunday, June 17

Enrolmen Pelajar

ENROLMEN PELAJAR SMAASZA
TAHUN 2015


Tingkatan
Pelajar
Jumlah
Lelaki
Perempuan
Satu
40
73
113
Dua
58
82
140
Tiga
32
68
100
Empat
49
98
147
Lima
51
77
128
Enam Rendah
23
40
63
6 Atas
40
55
95
JUMLAH
293
493
786
                                           
Kemaskini pada Julai 2015
Read More

Saturday, June 16

Pencerapan Objek Langit

Program Pencerapan Objek Langit akan di adakan pada 20 Jun ini bertempat di Taman Tamadun Islam (TTI), Kuala Terengganu, Terengganu.
Program ini akan dirasmikan oleh Y.B. Haji Ahmad Razif bin Abd. Rahman, Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia Negeri Terengganu.  Orang ramai dijemput hadir.
Program ini boleh menambahkan pengetahuan pelajar mengenai Astronomi atau Ilmu Falak.  Adalah diharapkan Persatuan Falak SMAASZA menyertainya.


Langit Pada Bulan Jun

DIARI ASTRONOMI
JUN 2012
Fasa-fasa Bulan
Untuk mengetahui dengan lebih jelas mengenai langit pada bulan Jun ini sila Klik.
Sumber : Angkasa Malaysia
Read More

Monday, May 28

Lawatan Kerja Pengerusi Panel Penasihat SKK

Pada hari Khamis 24 Mac, Pengerusi Panel Penasihat Sekolah Kluster Kecemerlangan Y.Bhg. Tan Sri Datuk Seri Panglima Dr. Abdul Rahman Arshad telah datang ke SMAASZA dalam siri lawatan ke 3 buah sekolah kluster di Terengganu iaitu :
  • SM Sains Kuala Terengganu
  • SK Dusun Kuala Berang
  • SMA(Atas) Sultan Zainal Abidin Kuala Terengganu
Lawatan ini adalah bertujuan untuk melihat aspek kepemimpinan dan pelaksanaan program kurikulum dan kokurikulum sekolah, khususnya program yang dibangunkan sebagai bidang kebitaraan (niche area) sekolah.
SMA(Atas) Sultan Zainal Abidin telah dipilih sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan pada tahun 2011 dalam bidang kebitaraan Sains dan Silat.

Di antara Atur Cara Lawatan adalah seperti berikut:
Ketibaan Rombongan Lawatan Kerja
Ketibaan disambut dengan Persembahan silat oleh Persatuan Nadi Silat SMAASZA
Sesi Bergambar
Taklimat ringkas oleh Pengetua
Lawatan ke sekitar kawasan sekolah
Lawatan dan merasmikan Dewan Terbuka Silat SMAASZA
Ucapan Tan Sri Datuk Seri Panglima Dr Abdul Rahman Arshad
Jamuan  tengahari
Meninggalkan titipan kenangan di dalam buku pelawat
Bertolak pulang
Terima kasih diucapkan kepada Tan Sri Datuk Seri Panglima Dr Abdul Rahman Arshad dan isteri serta pegawai-pegawai JPN yang mengiringi lawatan kerja ini.

Jazakallah Khair

(جزاك الله خير)
'May Allah grant you goodness'

Read More

Foto galeri smaasza

SMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZA

HTML