SEKOLAH MENENGAH AGAMA ATAS SULTAN ZAINAL ABIDIN, JALAN SULTAN MAHMUD, 20400 KUALA TERENGGANU, TERENGGANU DARUL IMAN * TEL:09 6221086 * FAX:09 6317086 * Email:smaasza58@gmail.com *

Sunday, October 6

Selamat menduduki Ujian Kompetensi ICT KPM bersama Microsoft kepada semua warga pendidik SMAASZA bermula hari ini 7 Oktober hingga esok 8 Oktober.  

PERHATIAN : Soalan agak mencabar dalam dwi bahasa : Melayu dan Inggeris (kadang-kadang mengelirukan jika baca mengikut bahasa Melayu,  jika begitu baca mengikut bahasa Inggeris) dan memerlukan ketelitian serta kefahaman mendalam terhadap terma-terma ICT.  Antaranya berkaitan sidang video, perisian, sistem rangkaian, aplikasi dan lebih kepada alam maya ICT itu sendiri.  Berhati-hati dengan jawapan, jangan gopoh ketika menjawab.  Selamat menjawab kepada semua warga pendidik SMAASZA dan seluruh warga pendidik daerah Kuala Terengganu yang jadual menjawabnya pada 7-8 Oktober.  SYABAS kepada yang telah menjawabnya.....cikgu zaiton.....cikgu wan zam....cg sya....dan....?
Read More

Saturday, September 14

Terengganu Juara Silat

Pasukan daripada negeri Terengganu telah menjuarai pertandingan silat dalam Karnival Pencak Silat Kebangsaan SKK yang diadakan buat julung kalinya di SMA Atas Sultan Zainal Abidin Kuala Terengganu. Majlis yang berlangsung selama 3 hari bermula 12-14 September berakhir dengan penuh kemeriahan.  
Pemenang 

Pemenang dan peserta silat

Juara Silat

Pasukan Silat Terengganu

Pasukan Silat Kelantan

Pasukan Silat Johor

Pasukan Silat Pulau Pinang

Pasukan Silat Perak
Sebenarnya terdapat 6 buah negeri yang bertanding, namun pasukan pesilat dari negeri Pahang tidak dapat diabadikan di sini kerana telah pulang lebih awal.  Bagaimanapun syabas diucapkan kepada semua pasukan kerana semangat bersaing yang cukup hebat.  Kepada yang menang tahniah dan yang kurang bernasib baik, cuba lagi di tahun hadapan.
Selamat pulang dan diharapkan Karnival Pencak Silat ini akan menjadi acara tahunan dengan giliran tuan rumahnya negeri lain pula.  HIDUP SENI SILAT WARISAN BERZAMAN
Read More

Friday, September 13

Karnival Pencak Silat Peringkat Kebangsaan SKK 2013

Karnival Pencak Silat Peringkat Kebangsaan Sekolah Kluster Kecemerlangan, Kementerian Pelajaran Malaysia, buat julung kalinya diadakan di Sekolah Menengah Agama Atas Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu. Karnival ini bermula 12-14 September dengan penyertaan daripada pasukan pesilat  negeri Perak, Pahang, Kelantan, Pulau Pinang, Johor dan Terengganu.
Sebanyak dua kategori silat dipertandingkan iaitu silat olahraga dan silat seni.















Read More

Sunday, August 18

Sambutan Raya 2013 Smaasza

Hari ini Ahad 18 Ogos, hari bersejarah bagi SMAASZA kerana majlis sambutan Idil Fitri pada tahun ini dihadiri oleh bekas pelajar SMAASZA yang sudi datang untuk sama-sama meraikannya.  Syukur alhamdulillah dan terima kasih.  Kehadiran anda semua amat bermakna buat SMAASZA dan adalah diharapkan ikatan ukhuwah di antara sekolah dan bekas pelajar ini akan sentiasa terpelihara.  Ini akan menjadi pendorong buat SMAASZA untuk terus melangkah kehadapan. Terima kasih!





Foto yang selebihnya dapat dikongsi di Album Smaasza.
Read More

Wednesday, August 7

Terengganu City Night Games 3/2013

Pelajar-pelajar SMAASZA telah menyertai Terengganu City Night Games yang berlangsung pada 22 - 23 mac yang lalu.  Berikut adalah foto-foto kejayaan mereka.










Read More

Kelab Pengguna Sekolah

Kelab Pengguna SMAASZA telah menyertai pertandingan Cabaran Interaktif Pengguna peringkat negeri Terengganu  baru-baru ini.  Kelab pengguna SMAASZA di wakili oleh 5 pelajar dan mereka telah berjaya mendapat tempat kedua atau naib johan di dalam pertandingan tersebut.  Syabas dan tahniah!!!





Read More

Tuesday, August 6

Sambutan Pra Raya

Sambutan pra hari raya telah diadakan pada Isnin 5 Ogos,  hari akhir persekolahan sebelum cuti raya.   Suasana penuh kesyukuran diadakan di Dewan Fikri dihadiri oleh semua pelajar dan guru.  Di dalam majlis tersebut, sempat juga diagihkan sedikit sumbangan aidil fitri untuk pelajar. Penutup sambutan, pelajar dan guru saling bersalam-salaman serta bermaafan.













Read More

Foto galeri smaasza

SMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZA

HTML