Sunday, January 18
Pelancaran Slogan 'SMAASZA2U' dan ceramah motivasi bersama mufti wilayah persekutuan- Dr Zulkifli Al-Bakri
Pada 13 Januari 2015, telah diadakan pelancaran slogan 'SMAASZA 2U' dan ceramah motivasi oleh mufti wilayah persekutuan iaitu Dr Zulkifli Al-Bakri. Dr Zulkifli merupakan seorang alumni SMAASZA dan sangat berbangga dapat menjejakkan kembali kakinya ke tempat beliau menimba ilmu suatu ketika dulu, Diharapkan kata-kata semangat yang telah diberikan, dapat menaikkan motivasi dan jati diri pelajar di smaasza. Slogan SMAASZA 2U bermaksud di bumi smaasza ini banyak melahirkan Ulama' dan Umara'.
Read More
![]() |
Sedikit cenderahati tanda kenangan untukl Dr Zulkifli dari SMAASZA |
![]() |
Dr Zulkifli menandatangani buku pelawat dan alumni SMAASZA |
![]() |
Pelajar mengaminkan doa yang dibacakan oleh ust Muhammad |
![]() |
Pelajar yang hadir pada majlis ilmu ini |
![]() |
Pelajar mengambil kesempatan bergambar kenangan dengan Dr Zulkifli |
![]() |
Dr Zulkifli sedang menurunkan tandatangan pada banner pengisytiharan slogan smaasza2u |
![]() |
Dr Zulkifli bergambar di depan banner yang ditandatangani sebagai merasmikan pengisytiharan slogan SMAASZA2U |
Mesyuarat Guru kali pertama 2015
![]() |
Surat panggilan mesyuarat guru kali pertama 2015 |
Pada 29 Disember 2014, jam 9.00 pagi telah diadakan mesyuarat guru kali pertama di bilik mesyuarat baru iaitu bilik mesyuarat Al- Mukhtar. Di antara agenda yang dibincangkan adalah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, Analisa PT3 2014 dan peperiksaan akhir tahun 2014, tugas guru dan takwim sekolah 2015, guru tingkatan yang akan mentadbir pelajar-pelajar sesi 2015 dan laporan ujian kemasukan ke tingkatan 1. Mesyuarat berakhir pada jam 1.00 tengahari.
![]() | ||
Suasana di dalam bilik Al-Mukhtar semasa mesyuarat sedang dilangsungkan |
![]() | |
Helaian-helaian yang diedarkan oleh pihak sekolah kepada guru-guru |
Friday, January 16
Peperiksaan kemasukan ke tingkatan 1 smaasza 2015
Peperiksaan kemasukan ke tingkatan satu sesi 2015 di Smaasza sangat mendapat sambutan hangat dari pelajar-pelajar darjah 6 yang telah mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan UPSR baru-baru ini. Peperiksaan kemasukan ini telah dijalankan di Smaasza pada 21 Disember 2014. Sebanyak 180 tempat telah di tawarkan kepada pelajar-pelajar yang berjaya. Pendaftaran pelajar tingkatan 1 sesi 2015 akan diadakan pada 18 Januari 2015 jam 9.00am. Gambar-gambar di bawah dirakamkan oleh lensa kameraman sekolah sepanjang peperiksaan kemasukan berlangsung.
Read More
![]() |
Pelajar sedang tekun menjawab soalan peperiksaan |
![]() |
Pelajar sedang tekun menjawab soalan |
![]() |
Ustaz sedang men tasmie' pelajar |
![]() |
Guru-guru sedang sibuk menanda kertas jawapan pelajar |
![]() |
Kaunter pendaftaran pelajar yang akan menduduki peperiksaan kemasukan |