SEKOLAH MENENGAH AGAMA ATAS SULTAN ZAINAL ABIDIN, JALAN SULTAN MAHMUD, 20400 KUALA TERENGGANU, TERENGGANU DARUL IMAN * TEL:09 6221086 * FAX:09 6317086 * Email:smaasza58@gmail.com *

Sunday, July 24

Lawatan Penanda Aras SMKA Sharifah Rodziah

Pada 24 Julai  2011, SMAASZA telah menerima kunjungan dari Sekolah Kluster Kecemerlangan SMKA Sharifah Rodziah yang telah datang dari Telok Mas,Melaka dengan harapan dapat melihat sendiri keadaan di SMAASZA terutamanya berkenaan Program Kecemerlangan Akademik dan Sahsiah yang dilaksanakan di sini.

Kehadiran 20 orang guru dan 20 orang pelajar tersebut telah disambut oleh tuan pengetua bersama PK Akademik,PK KO, dan sebahagian dari guru-guru SMAASZA. Rombongan telah diberi penerangan oleh tuan pengetua di dalam dewan Fikri dan dibawa melawat sekitar kawasan SMAASZA oleh pengawas sekolah. Adalah diharapkan dengan kerjasama yang terjalin ini  dapat menjadi pemangkin kepada kerjasama yang lebih erat pada masa hadapan.





Pengetua SMAASZA bertukar MOU dengan Pengetua SMKA SH.Rodziah










Cenderamata sebagai tanda kenangan lawatan penanda aras antara dua sekolah SMAASZA & SMKA Sharifah Rodziah
Read More

Sunday, July 17

Perlantikan AJK baru Aspuri

Majlis penyerahan watikah perlantikan AJK Perwakilan Pelajar Asrama Puteri (ASPURI) bagi sesi 2011/12 telah diadakan pada hari ini, 17 Julai 2011.  Penyerahan Sijil Perlantikan ini telah dilakukan oleh Tuan Pengetua Encik Hashim bin Embong.    Klik di sini untuk melihat foto-foto yang dirakamkan di dalam majlis tersebut.  Majlis ini diakhiri dengan penyampaian hadiah bagi Malam BNI 4141yang telah berlangsung 2 minggu lepas.




Read More

Friday, July 15

Kem Hujung Minggu PMR

Pelajar-pelajar PMR SMAASZA sentiasa sibuk dengan pelajaran demi meraih sebuah kejayaan.  Hari Khamis atau hujung minggu merupakan hari yang dinantikan oleh mereka.  Ini adalah kerana mereka akan dibawa keluar dari kawasan sekolah untuk merasai suasana belajar di persekitaran yang berbeza.  Pada kali ini mereka akan berkampung di empat tempat mengikut kumpulan-kumpulan yang telah ditentukan oleh guru projek PMR tahun 2011, Puan Khadijah Ismail.  Tempat-tempat tersebut adalah seperti berikut:-
  • Institut Latihan perindustrian Marang, Bukit Parit, Marang - Kem Akademi PMR Siri 2
  • Hotel Seri Malaysia, Marang - Kem Akademi PMR Siri 1
  • SMKA Tok Jiring, Kuala Terengganu - Kem Tutorial
  • Pusat Latihan Kecemerlangan Pendidikan, Wakaf Tengah, Kuala Terengganu - Kursus Mathematics Peer Coaching
Kem-kem tesebut bermula dari 13-17 Julai.
Penulis sempat merakamkan beberapa keping foto ketika mereka sibuk diberikan penerangan oleh guru projek mereka.  Syabas kepada guru dan pelajar yang terlibat! Semoga perjuangan kali ini akan membawa kejayaan yang membanggakan untuk semua.  InsyaAllah.
SELAMAT MAJU JAYA
Read More

Thursday, July 14

Pertandingan Melukis

Pengumuman keputusan pertandingan melukis oleh ETA Dakari di dalam perhimpunan pagi Khamis telah mendapat tepukan daripada para pelajar khususnya pelajar tingkatan 1 dan 2 yang memang menantikan keputusannya.  Satu persatu nama-nama pelajar diumumkan walaupun sebutannya agak pelik kerana nama-nama pelajar ada yang agak sukar untuk disebut.  Bagaimanapun, Dakari yang memang aktif dalam membantu para pelajar menguasai bahasa Inggeris dengan lebih baik, berazam juga untuk boleh bertutur di dalam bahasa Melayu.  Syabas Dakari! 
Lukisan yang menang tempat pertama



Tempat kedua
Sebahagian lukisan pelajar
Read More

Monday, July 11

الإسراء والمعراج

Maha suci (Allah) yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad s.a.w.) pada suatu malam hari, dari masjidil Haram ke masjidil Aqsa, yang telah Kami berkati sekelilingnya, karena hendak Kami perlihatkan kepadanya tanda-tanda Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha mendengar lagi Maha melihat." (maksud ayat 1 s.al-Isra')
Peristiwa perjalanan Nabi Muhammad s.a.w  dari masjidil Haram (Makkah) ke masjidil Aqsa (Palestin) yang jaraknya sungguh jauh tetapi dengan kekuasaaan Allah s.w.t ianya berlaku hanya 1 malam atau beberapa jam sahaja. Melalui peristiwa ini Nabi Muhammad s.a.w  mendapat perintah untuk menunaikan solat lima waktu sehari semalam. Ini adalah di antara intipati ceramah Isra' dan Mi'raj yang diadakan di Dataran Ilmu SMAASZA pada 10 Julai 2011. 
Ceramah ini telah disampaikan oleh seorang penceramah jemputan dari UNISZA iaitu Encik Wan Fajrol Hisyam bin Wan Abdullah, seorang pensyarah di universiti berkenaan. 
Ceramah yang disampaikan telah menarik perhatian lebih 800 pelajar dan guru kerana cara penyampaian beliau yang menarik.  
Kemuncak ceramah beliau telah menjemput seorang pelajar untuk tampil ke pentas memberikan sedikit ulasan atau intisari dari keseluruhan ceramah yang disampaikan. 
Pelajar yang menyahut cabaran beliau ialah seorang pelajar dari tingkatan satu yang walaupun kecil tetapi berani.  Sekalung terima kasih kepada al-fadhil al-ustaz Wan Fajrol Hisyam Wan Abdullah di atas ceramah yang telah disampaikan.
Read More

Thursday, July 7

Hari Terbuka PSS

Majlis Perasmian Bulan Jalinan Mesra dan Hari Terbuka PSS 2011 telah diadakan pada hari Khamis 7 Julai 2011.
Majlis ini telah dirasmikan oleh wakil dari JHEAT iaitu Encik Wan Mohd Noor bin Wan Ismail PP Sumber(Bahagian Pendidikan). 
 Dengan pelancaran majlis ini bererti sepanjang bulan Julai ini PSS akan mengadakan berbagai aktiviti untuk mendekatkan lagi hubungan antara pelajar, guru dan PSS.
Di antara aktiviti yang diadakan adalah seperti kuiz mengenali PSS dan makmal ICT sekolah,  pameran, jualan dan berbagai lagi. 
Read More

Wednesday, July 6

Bulan jalinan Mesra PSS 2011

 Majlis Perasmian Bulan Jalinan Mesra dan Hari Terbuka PSS 2011 akan diadakan pada Khamis, 7 Julai.  Majlis ini akan dirasmikan oleh Encik Wan Mohd Noor bin Wan Ismail, PP Sumber, Bahagian Pendidikan JHEAT. 
Bulan Jalinan Mesra PSS akan  berlangsung selama sebulan bermula 1 - 31 Julai 2011.  Sementara itu, Hari Terbuka PSS yang akan bermula esok, akan diisi oleh pameran daripada Unit Perpustakaan, bilik Sumber dan ICT.   Di samping itu pelajar dan guru juga akan dapat menyaksikan pelancaran laman web baru sekolah.

SEMUA PELAJAR DAN GURU DIJEMPUT UNTUK SAMA-SAMA MERAIKAN MAJLIS INI.
Read More

Foto galeri smaasza

SMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZA

HTML