SEKOLAH MENENGAH AGAMA ATAS SULTAN ZAINAL ABIDIN, JALAN SULTAN MAHMUD, 20400 KUALA TERENGGANU, TERENGGANU DARUL IMAN * TEL:09 6221086 * FAX:09 6317086 * Email:smaasza58@gmail.com *

Saturday, August 27

Cuti sekolah datang lagi!

Pelajar berkumpul di dataran sekolah pada hari akhir sebelum cuti pertengahan penggal kedua
Cuti sekolah datang lagi! Kali ini cuti sekolah dan cuti sempena Hari Raya Puasa berlaku serentak.   Cuti pertengahan penggal kedua persekolahan bermula pada 26 Ogos sehingga 3 September (9 hari). Cuti sekolah pada kali ini bukan sahaja serentak dengan cuti Hari Raya Puasa tetapi juga cuti sambutan hari kemerdekaan. 
Mendengar ucapan wakil guru, cikgu Normaha
Sempena cuti hari raya kali ini, satu majlis sambutan telah diadakan di dataran sekolah  seawal jam 7.15 pagi.  Para pelajar dan guru telah berhimpun untuk mendengar  ucapan daripada wakil guru dan pelajar serta amanat dari mudir di dalam majlis tersebut. 
Upacara bersalam-salaman dan bermaaf-maafan mengakhir majlis sambutan tersebut.

Read More

Sunday, August 14

Selamat Berjuang!

Musim peperiksaan tiba lagi! Tahniah diucapkan kepada semua pelajar SMAASZA yang berjaya mengharungi pelbagai rutin pembelajaran menjelangnya peperiksaan.   Selamat meneruskan perjuangan dengan hati dan jiwa yang kental!  Berjuanglah dengan penuh keberanian dan ketabahan dan jangan sekali-kali undur dari medan perjuangan! Buat yang terbaik khususnya kepada pelajar PMR, SPM, STAM, STPM dan Syahadah Thanawi pada tahun ini.  Kami warga guru SMAASZA mendoakan kejayaan buat kalian! Amin.

Gelagat pelajar SMAASZA sebelum memasuki bilik peperiksaan.


Read More

Tuesday, August 2

Foto-foto Kursus Survival Laut 3

Berlepas ke Pulau Bidong...ada yang masih ingat rumah!!!!

Dalam bot....ewah!!!
Peserta kursus diwajibkan memakai jaket keselamatan....maklumlah
hok gi tu..dok pandai berenang lake!!!!!
Masing-masing dengan hal sendiri...!
Tiba akhirnya ke destinasi....siapa sangka!!!napok dalam gambo happy je!!!
Penerangan oleh Kem Komandan
ni sibuk nok gi candat sotong!! naik bot kecil dulu untuk pindah ke bot besar!
Posing masa ngail.!
Kumpulan Jerung....memancing!
Hok depan sekali tu...fasi kumpulan Jerung!!!
masa ngail nampak happy je bagi yang dok mutoh!!!
ni lagi asyik-asyik posing je...bila nok dapat ikan dok tau ah!!
Foto di bawah adalah permulaan aktiviti 'jejak warisan
Pensyarah UMT yang menjadi pemandu arah bagi aktiviti jejak warisan sedang menerangkan mengenai pokok bakau dan pokok dungun yang terdapat di Pulau Bidong
Foto di atas adalah buah dungun dan di bawah adalah pandan laut
Memulakan pendakian
Pemandangan semasa mendaki


Bekas tangki air yang digunakan oleh pelarian Vietnam dulu
Di bahagian hadapan tangki air tu, ada penerangan, tak faham bahasa Vietnam!
Menuruni bukit
Pokok-pokok yang terdapat di atas bukit
Ini adalah biji saga beracun, pertama kali jumpa!

Bekas sekolah dan kem pelarian Vietnam
Di antara spesis pokok yang terdapat di Pulau Bidong
Di atas adalah jeti yang terletak bertentangan dengan tempat ketibaan peserta kursus, iaitu di bahagian belakang bukit, kena panjat bukit dulu baru nampak jeti....kat sini pemandangan lebih cantik!
Mendaki lagi untuk samapi ke lokasi lain
Inilah lokasi pendakian kali kedua ini..iaitu tugu peringatan pelarian Vietnam
Ini adalah sebahagian daripada peninggalan pelarian Vietnam
Gambar bawah tu......siapa ye!!!!?
Pemandangan pantai berhampiran jeti

Ini adalah sebahagian daripada foto-foto yang sempat dirakamkan sewaktu  Kursus Survival Laut 3 Guru-guru Smaasza dan juga guru-guru dari sekolah lain.
 Semoga dapat memberikan sedikit ilham kepada yang belum pergi!!!!

Read More

Thursday, July 28

Kursus Survival Laut 3

Pada 25 - 27 Julai baru-baru ini 8 orang guru dan kakitangan sekolah telah menghadiri Kursus Survival Laut 3 di Pulau Bidong.  Kursus ini telah mengumpulkan seramai 65 orang peserta daripada seluruh SABK Terengganu.  Kursus yang dianjurkan oleh Jabatan Agama Islam Terengganu (JHEAT) dengan kerjasama Universiti Malaysia Terengganu (UMT) adalah merupakan yang ketiga seumpamanya.  Kursus siri 1 diadakan di Pulau Bidong, yang kedua diadakan di Pulau Kapas dan siri 3 di Pulau Bidong.  Penulis juga telah menyertai kursus ini dan sempat merakamkan foto tetapi kamera yang digunakan untuk merakamkan gambar tersebut telah dimasuki air hujan.  Hajat di hati ingin uploadkan foto-foto yang dirakamkan...sayangnya...kamera telah di hantar ke kedai untuk menyelamatkan foto-foto tersebut.  Doakan semoga foto-foto yang dirakamkan tidak rosak, amin! Buat masa ini penulis berusaha mengeringkan kamera tersebut mengikut nasihat daripada pakar.  InsyaAllah sekiranya foto-foto tersebut ok, ianya akan diuploadkan nanti.
Apapun, sewaktu dalam perjalanan pulang dari kursus tersebut, penulis sempat merakam gambar pantai Merang dan jeti dari atas bot.
Jeti Merang kelihatan dari jauh

Sebahagian kawasan pantai Merang

Pantai Merang

Semakin hampir ke jeti

Bot peserta kursus menuju ke jeti Merang
Read More

Wednesday, July 27

Barisan Warden Aspuri 2011


Ini merupakan wajah-wajah barisan para warden aspuri bagi tahun 2011. Dari kiri : Ustazah Norazihah, Cg. Anisah, Cg. Zawiyah Dollah(Ketua warden), Cg. Zalina Hassan (Ketua warden umum), Cg. Rohana Omar, Cg. Anita Chik, Cg Salbiah, dan Ustazah Mariah Latif. Tidak bersama semasa sesi penggambaran ialah Rahani Awang (Penyelia & warden), Cg. Zurina Yusof & Cg. Muzaidah.
Read More

Lawatan Muhibbah SK Bukit Mentok II, Kemaman

Pada 11 Julai 2011, SMAASZA telah menerima kunjungan dari adik-adik Sekolah Kebangsaan Bukit Mentok seramai 80 orang dengan diiringi oleh 10 orang guru. Keadiran mereka ke sekolah ini begitu menceriakan dengan keletah-keletah dari si cilik. Mereka semua terdiri dari pelajar tahun 6. Lawatan ini diadakan bagi memberikan pendedahan kepada mereka tentang suasana pembelajaran di peringkat sekolah menengah. Diharapkan dengan hasil lawatan mereka ke SMAASZA, semangat untuk berusaha keras bagi mencapai kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR yang akan tiba tidak lama lagi semakin membara dan membuahkan hasil yang diinginkan seterusnya dapat menjejakkan kaki sekali lagi di  bumi SMAASZA bagi meneruskan pengajian di peringkat menengah. Kami di SMAASZA mendoakan adik-adik semua mendapat kejayaan yang cemerlang di SMAASZA
Pelajar-pelajar SKBM II berada di dalam bilik mesyuarat
Pemberian cenderamata bagi kedua-dua pihak
Read More

Foto galeri smaasza

SMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZA

HTML