SEKOLAH MENENGAH AGAMA ATAS SULTAN ZAINAL ABIDIN, JALAN SULTAN MAHMUD, 20400 KUALA TERENGGANU, TERENGGANU DARUL IMAN * TEL:09 6221086 * FAX:09 6317086 * Email:smaasza58@gmail.com *

Monday, November 14

Persaraan 2011

Selamat bersara buat Puan Wan Noor Hidayah binti Wan Abdullah.  Jasamu tetap dikenang.  Guru Bahasa Inggeris yang mesra dipanggil oleh pelajar dengan panggilan 'Teacher Wan' ini mengakhiri dunia perguruan secara rasmi pada 13 November baru-baru ini.  Namun begitu panggilan teacher itu tetap tersemat di hati anak-anak didik beliau.
Satu majlis persaraaan yang sederhana tetapi meriah telah diadakan pada hari tersebut.  Majlis ini telah diadakan di dewan makan Aspuri kerana dewan sekolah digunakan untuk Peperiksaan SPM.
Puan Wan Noor Hidayah sedang menyampaikan ucapan
Jasamu dikenang
Persembahan nasyid khas buat guru tersayang

Walaupun begitu majlis ini tetap meriah.  Istimewanya pada hari tersebut Puan Wan Noor Hidayah telah diiringi ke dewan makan Aspuri dengan menaiki kereta kuda. Penulis tidak sempat merakamkan foto-foto beliau ketika ke dewan makan ini tetapi penulis sempat merakamkan foto-foto beliau ketika bertolak balik dari dewan makan ke dataran sekolah.  Ikuti detik-detik istimewa tersebut.








Budimu Disanjung Jasamu dikenang
Pantun Perpisahan
Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan
Kalau ada sumur di ladang
Boleh saya menumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang
Boleh kita berjumpa lagi
Malam ini menanam jagung
Malam esok menanam serai
Malam ini kita berkampung
Malam esok kita bercerai
Dari mana hendak ke mana
Tinggi ruput dari padi
Tahun mana bulan mana
Dapat kita berjumpa lagi?
Tuan puteri pergi ke Rasah
Pulang semula sebelah pagi
Kita bertemu akhirnya berpisah
Diizin Tuhan bersua lagi

Read More

Sunday, November 13

Kreatif dan Inovatif 2011

Pertandingan dan Pameran Inovasi dan Kreativiti Sempena Karnival Inovasi dan Skill Malaysia 2011 telah diadakan pada 10 hingga 12 November baru-baru ini.  Pertandingan ini telah berlangsung di Galeri A Pusat Dagangan Terengganu (TTC), Kuala Terengganu dari jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang.
Sebanyak 15 buah sekolah di seluruh negeri Terengganu telah terpilih ke peringkat akhir iaitu:-
  1. SMA(A) Atas Sultan Zainal Abidin  (Kuala Terengganu)
  2. SMK Tengku Ibrahim (Setiu)
  3. SMK Padang Midin(Kuala Terengganu)
  4. SM Imtiaz Dungun (Dungun)
  5. SM Imtiaz Kuala Terengganu (Kuala Terengganu)
  6. SMK Tengku Intan Zaharah (Dungun)
  7. SMK Lembah Bidong(Setiu)
  8. SMK Sultan Omar (Dungun)
  9. SMK Tengku Ampuan Intan (Marang)
  10. SMK Sultan Sulaiman (Kuala Terengganu)
  11. SMK Tengku Mizan Zainal Abidin (Kuala Terengganu)
  12. SMK Tengku Lela Segara (Marang)
  13. SM Imtiaz Kuala Berang (Hulu Terengganu)
  14. SM Agama Khairiah (Kuala Terengganu)
  15. SMK Mak Lagam (Kemaman)
Sekali lagi SMAASZA telah berjaya cemerlang apabila dinobatkan sebgai Johan Keseluruhan.  Tahniah buat SMAASZA.  Tempat kedua dimenangi oleh SMK Tengku Intan Zaharah manakala tempat ketiga SMK Sultan Sulaiman.
Sebelum ini 2 siri pertandingan SEM telah diadakan iaitu pada 15 Julai dan 15 September.  Siri 15 Julai adalah anjuran JPNT manakala Siri 15 September adalah anjuran JaHEAT.  Di dalam kedua-dua siri ini, SMAASZA  telah berjaya cemerlang.  Bagi pertandingan pada 15 Julai 2011 SMAASZA telah berjaya menjadi :-
  • Johan Inovasi Terbaik
  • Johan Pembentang Terbaik
  • Naib Johan Booth Terbaik
  • Naib Johan Dokumentasi Terbaik
 Sementara itu di dalam pertandingan pada 15 September lepas sekali lagi SMAASZA telah berjaya iaitu:-
  • Johan Booth Bermaklumat Terbaik
  • Johan Reka Cipta Terbaik
  • Johan Reka Bentuk Terbaik
    Tahniah! Tahniah! Tahniah!
Read More

Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan 2011


Pertandingan Kebersihan dan Keindahan SMA Agama Terengganu 2011 telah pun berakhir.  SMAASZA telah menggondol 2 hadiah iaitu Tempat Pertama kategori Pembangunan Manusia Terbaik dan Tempat Kedua kategori Asrama Perempuan Terbaik.
Dengan kemenangan ini SMAASZA membawa pulang RM1500 bagi Tempat Pertama dan RM1000 bagi Tempat Kedua. 
Tahniah dan syabas buat seluruh warga SMAASZA yang telah bekerja keras sepanjang tahun ini.
Read More

Friday, November 11

Graduasi 2011

Majlis Graduasi pelajar pada tahun ini diadakan di Stadium Tertutup Negeri, Kuala Terengganu.  Majlis ini di kelolakan oleh JaHEAT dan telah diadakan pada hari Khamis 10 November.
Pelajar-pelajar SPM, STAM dan STPM adalah kumpulan pelajar yang akan bergelar graduan di dalam majlis tersebut.  Sebelum kumpulan pelajar ini menaiki bas untuk ke majlis tersebut, mereka sempat bergambar dengan penuh kegembiraan.
Graduan STPM bersama Guru Pengajian Am
Syukur, alhamdulillah, cuaca dan suasana yang sungguh baik pada hari tersebut menjadikan suasana penggambaran mudah dan meriah.  Jom saksikan gambar-gambar yang sempat dirakamkan!
Read More

Thursday, November 10

Anugerah Kecemerlangan STPM

Kejayaaan pelajar STPM di dalam Peperiksaan Percubaan baru-baru ini telah diraikan di dalam satu majlis pada pagi Khamis 10 November 2011.
SMAASZA telah berjaya memperoleh tempat pertama di dalam Peperiksaan Percubaan STPM 2011 peringkat PPD Kuala Terengganu.  Pelajar-pelajar yang cemerlang telah menerima anugerah masing-masing yang disampaikan oleh Tuan Pengetua SMAASZA.

Demi memastikan kejayaan pelajar, satu lagi peperiksaan telah diadakan pada bulan Oktober lalu.  Peperiksaan Percubaan kedua peringkat sekolah telah memperlihatkan peningkatan kejayaan pelajar.
Oleh itu pihak sekolah telah memberikan ganjaran kepada pelajar-pelajar yang berjaya cemerlang.

Syabas dan tahniah kepada yang berjaya!
Read More

Tuesday, November 8

Majlis Qurban dan Kursus Penyembelihan 2011

QURBAN
Pengertian Qurban
  • Dari segi bahasa, qurban bermaksud sesuatu yang dikorbankan kerana Allah subhanahu wata‘ala. 
  • Dari sudut syara‘, qurban bermaksud menyembelih binatang yang tertentu pada masa-masa yang tertentu dengan niat mendekatkan diri kepada Allah subhanahu wata‘ala.
PENSYARI‘ATAN DAN HIKMAHNYA
Qurban telah disyari‘atkan pada tahun kedua hijrah sama seperti ibadah zakat dan sembahyang Hari Raya.
Firman Allah subhanahu wata‘ala:
{فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ }
Maksudnya:
“Maka kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu dan sembelihlah qurban (sebagai tanda syukur)”
(Surah Al-Kauthar 108:2)
  • Hikmah disyari‘atkan qurban ialah sebagai tanda bersyukur kepada Allah subhanahu wata‘ala di atas segala nikmatNya yang berbagai dan juga di atas kekalnya manusia dari tahun ke tahun.
  • Ia juga bertujuan menjadi kifarah bagi pelakunya, sama ada disebabkan kesilapan-kesilapan yang telah dilakukan ataupun dengan sebab kecuaiannya dalam menunaikan kewajipan di samping memberikan kelegaan kepada keluarga orang yang berqurban dan juga mereka yang lain. 
  • Qurban tidak memadai dengan menghulurkan nilai harganya, berbeza dengan ibadah zakat fitrah yang bermaksud memenuhi keperluan golongan fakir, Imam Ahmad dikatakan menyebut amalan menyembelih qurban adalah lebih afdhal daripada bersedekah dengan nilai harganya.
HUKUM MELAKUKAN QURBAN
    •  Hukum melakukan qurban ialah sunnah mu’akkadah bagi sesiapa yang mampu melakukannya.
    • Sabda Nabi Muhammad sallallahu ‘alayhi wasallam yang bermaksud:
 “Aku diperintahkan agar menyembelih qurban dan ia sunat bagi kamu”
(Riwayat Tirmizi)
Untuk membaca seterusnya sila KLIK
Aidiladha disambut dengan penuh kesyukuran di SMAASZA pada tahun ini.  Upacara sembelihan qurban dilangsungkan pada hari Selasa 8 November jam 8.30 pagi.  Walaupun pada hari tersebut, sekolah bercuti, sembelihan qurban tetap dapat dijalankan kerana pelajar dan guru korbankan cuti mereka demi melaksanakan ibadah yang hanya setahun sekali ini.
Sebahagian daripada pelajar yang terlibat di dalam kursus penyembelihan Qurban
Binatang yang bertuah kerana terpilih menjadi binatang qurban
Pelajar dan guru sedang berusaha keras!
Kerjasama!
Belajar bersama, beramal bersama!
Daging qurban yang telah siap dipotong
Daging telah siap diproses dan akan dihantar ke dapur untuk dimasak!
Pada tahun ini, pelajar tingkatan 6 STAM dan STPM telah didedahkan dengan Kursus penyembelihan  Qurban agar mereka dapat melengkapkan diri apabila berada di dalam masyarakat nanti.
Pada lebih kurang jam 6.00 petang pada hari tersebut seluruh warga SMAASZA telah dapat merasai bersama daging qurban yang telah dimasak istimewa oleh chef dari Mesir.
Terima kasih! Syukran ya ustaz!!!
Read More

Friday, November 4

Selamat Hari Raya Aidiladha

Selamat Hari Raya Aidiladha 1432H/2011M pada 6 November ini.
Anak-anak SMAASZA jangan lupa pula untuk kembali ke sekolah 
Tanggal 8 November upacara Qurban akan diadakan 
Seluruh warga SMAASZA dijemput!!!
Selamat Hari Raya Qurban

Credit for Seninet.  Khat Thuluth yang menarik!
Read More

Foto galeri smaasza

SMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZA

HTML