Sambutan pra hari raya telah diadakan pada Isnin 5 Ogos, hari akhir persekolahan sebelum cuti raya. Suasana penuh kesyukuran diadakan di Dewan Fikri dihadiri oleh semua pelajar dan guru. Di dalam majlis tersebut, sempat juga diagihkan sedikit sumbangan aidil fitri untuk pelajar. Penutup sambutan, pelajar dan guru saling bersalam-salaman serta bermaafan.
Read More
Tuesday, August 6
Sunday, August 4
Kem Bahasa Melayu PMR
Pelajar-pelajar PMR tahun ini telah didedahkan dengan teknik menjawab mata pelajaran Bahasa Melayu baru-baru ini. Program ini telah diadakan pada 1Ogos bertempat di Dewan Fikri. berikut ialah foto sekitar program tersebut.
Read More
Monday, July 29
Hadiah Minggu PSS 2013
Upacara penyampaian hadiah bagi aktiviti yang dijalankan sepanjang minggu Pusat Sumber Sekolah telah diadakan pada Ahad 28 Julai. Aktiviti dan pertandingan yang dijalankan meragkumi ketiga-tiga unit di bawah PSS iaitu Unit Bilik Sumber, Unit Perpustakaan dan Unit ICT. Berikut adalah foto yang merakamkan upacara tersebut.
Read More
Tuesday, June 25
Karnival Kokurikulum 2013
| Persembahan kompang oleh pelajar SMASZA menyambut ketibaan tetamu |
| Majlis Perasmian |
| Perasmian Taman Herba |
Selain daripada itu turut dilancarkan pada hari yang sama adalah Karnival Silat, Karnival Sains dan Perkhemahan Perdana 2013.
Di antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti berikut:-
- Pertunjukan Robotik
- Pertunjukan Taekwando
- Pertunjukan PDRM
- Kuiz Sains
- Pertandingan Catur dan Scrabble
- Pertunjukan Taekwando
- Pertandingan Seni Khat
- Pertandingan Kereta Solar
- Pertandingan Pidato Ulama' dan Umara'
- Pertandingan Roket Udara
- Perrtandingan Silat
- Pameran Anti Dadah dan rokok
- Pameran Kerjaya
- Derma Darah
- Gerai Jualan Kelab dan persatuan
KLIK untuk melihat foto-foto Karnival Kokurikulum yang lain.
Monday, May 13
Guru O Guru
SAJAK "GURU O' GURU"
Berburu ke
padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepalang ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa
Dailah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini sesiapa sahaja menjadi dewasa
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis baca
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di ibu kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dialah guru mewakili seribu buku
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan didulangi ilmu
Panggilan keramat 'cikgu' kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
USMAN AWANG
1979

Ikrar Hari Guru
IKRAR HARI
GURU
Bahawasanya
kami
Guru-guru
negara Malaysia
Dengan ini
berikrar
Mendukung
terus cita-cita kami
Terhadap
tugas kami
Dan
menyatakan keyakinan kami
Pada
cita-cita murni pekerjaan kami
Kami akan
berbakti
Kepada
masyarakat
Dan negara
kami.
Kami
sentiasa menjunjung
Perlembagaan
negara
Kami
mengamalkan
Prinsip-prinsip
Rukun Negara
Pada setiap
masa.
Sunday, May 12
Tema Hari Guru
TEMA HARI
GURU (1972 - 2013)
2013 Guru Malaysia : 1Aspirasi, 1Agenda
2012 Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara
2011 Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara
2010 Guru Pembina Negara Bangsa
2009 Guru Pembina Negara Bangsa
2008 Guru Cemerlang Negara Terbilang
2007 Guru Penjana Modal Insan Gemilang
2006 Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan
2005 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2004 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2003 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2002 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2001 Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama
2000 Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan
1999 Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang
1998 Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama
1997 Guru Bestari Sekolah Bestari
1996 Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia
1995 Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan
1994 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1993 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1992 Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan
1991 Ke Arah Pendidikan Cemerlang
1990 Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera
1989 Guru Pembina Budaya Ilmu
1988 Guru Pengasas Budaya Membaca
1987 Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan
1986 Pendidikan Teras Nasionalisme
1985 Guru dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan
1984 Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan
1983 Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan
1982 Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu
1981 Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat
1980 Pendidikan Teras Perpaduan Negara
1979 Murid Sejahtera Negara Jaya
1978 Guru Pembentuk Generasi Akan Datang
1977 Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan
1976 Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan Pendidikan
1975 Guru dan Pembangunan Negara
1974 Peranan Guru Dalam Zaman Sains dan Teknologi
1973 Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan
1972 Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara

selamat hari guru............!