SEKOLAH MENENGAH AGAMA ATAS SULTAN ZAINAL ABIDIN, JALAN SULTAN MAHMUD, 20400 KUALA TERENGGANU, TERENGGANU DARUL IMAN * TEL:09 6221086 * FAX:09 6317086 * Email:smaasza58@gmail.com *

Sunday, April 15

Pelancaran Bulan Bahasa SMAASZA 2012


Pelancaran Bulan Bahasa tahun 2012 telah diadakan pada hari ini,15 April oleh Pengetua Encik Hashim bin Embong.  Di dalam ucapan pelancaran program ini, tuan pengetua menyeru semua pelajar agar memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu sebaik mungkin dalam semua lapangan.  Beliau mengajak para pelajar dan guru sama-sama menghayati pantun empat kerat iaitu :
Yang kurik itu kundi,
Yang merah itu saga;
Yang cantik itu budi,
Yang indah itu BAHASA.


Majlis pelancaran ini diserikan oleh persembahan ungkapan pantun oleh pelajar.
Read More

Wednesday, March 21

Keputusan SPM 2011

Pelajar cemerlang SMAASZA bersama Guru Cemerlang Matematik Tambahan
 SMAASZA terus gemilang dengan mencatatkan keputusan 100% dengan GPS 1.86 berada dalam kedudukan 8 buah sekolah dengan GPS 2.25 ke bawah. 
"8 buah sekolah telah menunjukkan pencapaian yang memberangsangkan dengan GPS 2.25 dan ke bawah iaitu SM Sains Sultan Mahmud (1.48), SBP Integrasi Batu Rakit (1.71), SM Imtiaz Dungun (1.82), SM Sains Kuala Terengganu (1.85), SMA Atas Sultan Zainal Abidin (1.86), SMKA Sheikh Abdul Malek (2.00), SMK Tengku Mahmud, Besut (2.17) dan SM Imtiaz Kuala Berang (2.18)." Petikan daripada laman web JPNT.
Seramai 12 orang pelajar telah berjaya memperoleh semua A dengan Nur Amirah bt Affandi mendahului yang lain.
 Syabas kepada semua calon SPM 2011!
Read More

Sunday, March 11

Kursus Pengakap


Seramai 11 pelajar lelaki SMAASZA telah menghadiri Kursus Pengakap Jaya Diri 2012 di Kem Telaga Batin, Batu Rakit pada 8-10 Mac baru-baru ini.  Kursus ini disertai sama oleh seluruh pengakap sekolah di negeri Terengganu meliputi pengakap laut dan darat.
Terima kasih dan syabas kepada semua pelajar yang menghadiri kursus ini dengan jayanya dan tidak lupa juga kepada guru-guru penasihat Persatuan Pengakap sekolah yang memberikan kerjasama dan sokongan. Klik untuk foto seterusnya.
Read More

Monday, March 5

Lawatan DiRaja


Buat julung kalinya KDYMM Sultan Terengganu Tuanku Mizan Zainal Abidin sudi mencemar duli berkunjung ke SMAASZA pada 5 Mac jam 3 petang.

Seluruh warga SMAASZA merasa bangga dan begitu teruja menyambut kedatangan baginda.  Daulat Tuanku!
Foto-foto sekitar lawatan diraja...Klik.
Read More

Friday, March 2

LADAP 1 2012

LADAP 1 2012 telah diadakan pada 25 Februari baru-baru ini.  Kursus kali ini telah diadakan bertempat di makmal komputer sekolah.  Di antara pengisian kursus adalah mengenai pengemaskinian Email dan blog selain daripada tips penjagaan komputer di kalangan peserta khususnya guru-guru.  Fasilitator kursus terdiri daripada Puan Sharifah Aishah Syed Abd Rahman, Puan Kartina Shafie dan Puan Tengku Nor Asyiqin (EIO).
Kursus berlangsung dalam suasana yang memberangsangkan dengan minat dan komitmen para peserta kursus.
Diantara peserta kursus

Minat dan komitmen
Pada akhir kursus kesemua peserta telah berjaya mengemaskini email dan sebahagian daripada peserta telah berjaya membina blog sendiri.  Tahniah dan syabas diucapkan kepada penganjur kursus khususnya GKMP Bahasa iaitu Puan Norbaya Abdullah.
Memberikan tumpuan sepenuhnya
Fasilitator kursus

Read More

Saturday, February 25

Penggambaran Majalah Sekolah 2012

Penggambaran untuk majalah sekolah telah diadakan pada 19 Februari baru-baru ini.  Pada tahun ini, Dewan Fikri telah dipilih sebagai latar dan lokasi penggambaran.
Aksi 1 : Pelajar dan guru bekerjasama, jurufoto sedang memilih sudut terbaik
Aksi 2 : Pelajar tingkatan 1 sedang beraksi!
Aksi 3 : Pelajar puteri sabar menunggu giliran
Pelajar-pelajar yang terlibat pada hari pertama penggambaran ini sangat seronok dan teruja terutamanya pelajar baru tingkatan 1.  Berikut adalah foto-foto pada hari pertama penggambaran.
Read More

Monday, February 6

Lawatan Mahabbah SMKA Sultan Azlan SHah, Bota, Perak - 6 Feb 2012

Pada 6 Februari  2012, SMAASZA telah menerima kunjungan dari Sekolah Kluster Kecemerlangan SMKA Sultan Azlan Shah yang telah berkunjung dari Bota, Perak dengan harapan dapat melihat sendiri keadaan di SMAASZA terutamanya berkenaan Program Kecemerlangan Akademik dan Sahsiah yang dilaksanakan di sini.

Kehadiran 25 orang yang terdiri daripada pentadbir, guru-guru agama dan kaunselor tersebut telah disambut oleh tuan pengetua bersama PK HEM Puan Zalina Hassan, dan sebahagian dari guru-guru SMAASZA. Rombongan telah diberi penerangan oleh tuan pengetua di dalam Bilik Mesyuarat dan dibawa melawat sekitar kawasan SMAASZA oleh pengawas sekolah dan guru-guru yang berkenaan. Adalah diharapkan dengan kerjasama yang terjalin ini  dapat menjadi pemangkin kepada kerjasama yang lebih erat pada masa hadapan.






Pengetua menyerahkan MOU yang telah ditandatangani






Bertukar cenderahati di antara dua sekolah






 Bertukar cenderahati di antara dua sekolah

Untuk melihat lebih banyak lagi gambar-gambar yang dirakam, anda bolehlah klik pada Album Smaasza
Read More

Foto galeri smaasza

SMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZA

HTML