Sunday, January 18
Pelancaran Slogan 'SMAASZA2U' dan ceramah motivasi bersama mufti wilayah persekutuan- Dr Zulkifli Al-Bakri
Pada 13 Januari 2015, telah diadakan pelancaran slogan 'SMAASZA 2U' dan ceramah motivasi oleh mufti wilayah persekutuan iaitu Dr Zulkifli Al-Bakri. Dr Zulkifli merupakan seorang alumni SMAASZA dan sangat berbangga dapat menjejakkan kembali kakinya ke tempat beliau menimba ilmu suatu ketika dulu, Diharapkan kata-kata semangat yang telah diberikan, dapat menaikkan motivasi dan jati diri pelajar di smaasza. Slogan SMAASZA 2U bermaksud di bumi smaasza ini banyak melahirkan Ulama' dan Umara'.
Read More
![]() |
| Sedikit cenderahati tanda kenangan untukl Dr Zulkifli dari SMAASZA |
![]() |
| Dr Zulkifli menandatangani buku pelawat dan alumni SMAASZA |
![]() |
| Pelajar mengaminkan doa yang dibacakan oleh ust Muhammad |
![]() |
| Pelajar yang hadir pada majlis ilmu ini |
![]() |
| Pelajar mengambil kesempatan bergambar kenangan dengan Dr Zulkifli |
![]() |
| Dr Zulkifli sedang menurunkan tandatangan pada banner pengisytiharan slogan smaasza2u |
![]() |
| Dr Zulkifli bergambar di depan banner yang ditandatangani sebagai merasmikan pengisytiharan slogan SMAASZA2U |
Mesyuarat Guru kali pertama 2015
![]() |
| Surat panggilan mesyuarat guru kali pertama 2015 |
Pada 29 Disember 2014, jam 9.00 pagi telah diadakan mesyuarat guru kali pertama di bilik mesyuarat baru iaitu bilik mesyuarat Al- Mukhtar. Di antara agenda yang dibincangkan adalah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, Analisa PT3 2014 dan peperiksaan akhir tahun 2014, tugas guru dan takwim sekolah 2015, guru tingkatan yang akan mentadbir pelajar-pelajar sesi 2015 dan laporan ujian kemasukan ke tingkatan 1. Mesyuarat berakhir pada jam 1.00 tengahari.
| ||
| Suasana di dalam bilik Al-Mukhtar semasa mesyuarat sedang dilangsungkan |
| |
| Helaian-helaian yang diedarkan oleh pihak sekolah kepada guru-guru |
Friday, January 16
Peperiksaan kemasukan ke tingkatan 1 smaasza 2015
Peperiksaan kemasukan ke tingkatan satu sesi 2015 di Smaasza sangat mendapat sambutan hangat dari pelajar-pelajar darjah 6 yang telah mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan UPSR baru-baru ini. Peperiksaan kemasukan ini telah dijalankan di Smaasza pada 21 Disember 2014. Sebanyak 180 tempat telah di tawarkan kepada pelajar-pelajar yang berjaya. Pendaftaran pelajar tingkatan 1 sesi 2015 akan diadakan pada 18 Januari 2015 jam 9.00am. Gambar-gambar di bawah dirakamkan oleh lensa kameraman sekolah sepanjang peperiksaan kemasukan berlangsung.
Read More
![]() |
| Pelajar sedang tekun menjawab soalan peperiksaan |
![]() |
| Pelajar sedang tekun menjawab soalan |
![]() |
| Ustaz sedang men tasmie' pelajar |
![]() |
| Guru-guru sedang sibuk menanda kertas jawapan pelajar |
![]() |
| Kaunter pendaftaran pelajar yang akan menduduki peperiksaan kemasukan |
Tuesday, July 1
Pelancaran Ihya' Ramadhan
| Para pelajar sedang mendengar taklimat sebelum memasuki dewan |
| Tetamu dan para guru |
| Ucapan oleh Penolong Yang Dipertua PIBG |
| Ucapan Yang Dipertua PIBG |
| Penolong Kanan Koku meresmikan tabung Ihya' Ramadhan |
| Penolong Kanan Tingkatan 6 meresmikan tabung Ihya' Ramadhan |
Ucapan beliau ini sangat bertepatan dengan tema Ihya' Ramadhan pada kali ini iaitu "Ramadhan Menjana Kebajikan Ummah"
Tuesday, June 24
Majlis Penutup Karnival Sains dan Matematik
Karnival Sains dan Matematik SKK 2014 yang berlangsung dari 22 Jun telah ditutup dengan rasminya pada hari ini 25 Jun 2014 oleh Yang Berbahagia Tn. Haji Matsor bin Ismail, Ketua Sektor Pengurusan Akademik Jabatan Pendidikan Terengganu.
Majlis penyampaian hadiah telah berlangsung di dewan Fikri SMAASZA dan telah dihadiri oleh peserta dari semua sekolah yang terlibat. Sebelum itu pada hari Selasa, beberapa pertandingan telah berlangsung antaranya pertandingan:
Read More
Majlis penyampaian hadiah telah berlangsung di dewan Fikri SMAASZA dan telah dihadiri oleh peserta dari semua sekolah yang terlibat. Sebelum itu pada hari Selasa, beberapa pertandingan telah berlangsung antaranya pertandingan:
- Roket Air
- Sodoku
- Booth Terbaik
- Bot Solar
- Pertunjukan Sains
- Inovasi Tool kit 2 & 3
Berikut adalah foto-foto yang sempat dirakamkan sekitar pertandingan dan majlis penutup.
SELAMAT PULANG KEPADA PARA PESERTA PERTANDINGAN DAN GURU PENGIRING
JUMPA LAGI PADA TAHUN HADAPAN, INSYAALLAH!
Monday, June 23
karnival sains dan matematik SKK kebangsaan 2014
Buat julung kalinya SMAASZA menganjurkan Karnival Sains dan Matematik Peringkat Sekolah Kluster Kecemerlangan pada tahun ini. Karnival ini bermula dari 22-25 Jun 2014. Antara sekolah-sekolah yang mengambil bahagian di dalam karnival ini adalah seperti berikut:-
- SMA Atas Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu, Terengganu
- SMK Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu, Terengganu
- SM Sains Kuala Terengganu, Terengganu
- SMKA Sheikh Abdul Malek, Kuala Terengganu
- SM Sains Dungun, Dungun, Terengganu
- SMK Seri Jengka, Maran, Pahang
- SMK(P) Sultan Abu Bakar, Muar, Johor
- Kolej Vokasional Tawau, Tawau, Sabah
- SM Imtiaz, Kuala Berang, Terengganu
- SM Bandar Utama Damansara 3, Petaling Jaya, Selangor
- SMK Pusat Peneylidikan Pertanian Tun Razak, Jerantut, Pahang
- SMK Raja Perempuan, Ipoh, Perak
- SMK Chukai, Kemaman, Terengganu
Pelbagai acara dipertandingkan seperti Roket Air, Bot Solar, Sodoku dan Inovasi Tool Kit 3. Selain daripada itu, pameran KoKurikulum juga diadakan disamping gerai-gerai jualan. Jom ramai-ramai memeriahkannya!!!
ORANG RAMAI DIJEMPUT HADIR MENYAKSI DAN MEMERIAHKAN KARNIVAL KALI INI.









.jpg)















