SEKOLAH MENENGAH AGAMA ATAS SULTAN ZAINAL ABIDIN, JALAN SULTAN MAHMUD, 20400 KUALA TERENGGANU, TERENGGANU DARUL IMAN * TEL:09 6221086 * FAX:09 6317086 * Email:smaasza58@gmail.com *

Thursday, December 15

Ujian Kemasukan Pelajar Tingkatan 1 2012

Kelihatan kenderaan para ibu bapa yang datang seawal jam 8 pagi dalam suasana hari hujan lebat.
Hujan yang turun dengan lebatnya pada pagi Khamis 15 Disember tidak menjadi halangan kepada ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka bagi mengikuti ujian penentuan kemasukan ke tingkatan 1 pada tahun 2012.
Para ibu bapa menunggu dengan sabar di luar galeri sebelum majlis pendaftaran.
Ibu bapa bersama anak-anak mereka tiba di SMAASZA seawal jam 8.00 pagi lagi.
Majlis yang bermula pada jam 9 pagi dengan sesi pendaftaran pelajar berlangsung dalam suasana yang meriah dan kesabaran ibu bapa amatlah dihargai.   Walaupun hujan menjadikan seluruh kawasan basah dengan takungan air di kawasan pejalan kaki, namun semangat dan komitmen ibu bapa bersama anak-anak tidak mudah goyah.

Suasana pendaftaran
Proses pendaftaran dijalankan di Galeri SMASSZA.  Pendaftaran ini adalah untuk menentukan kedudukan bilik ujian bagi para pelajar.  Seramai lebih dari 350 orang telah mendaftar pada hari itu.  Daripada jumlah pelajar yang mengambil ujian ini, dijangka lebih kurang 150 orang pelajar sahaja yang akan diberikan surat tawaran berdasarkan keputusan ujian yang mereka duduki.
Anak-anak pelajar sedang menduduki ujian
Tekun menjawab soalan
Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu(bahagian pendidikan) akan mengeluarkan surat tawaran kemasukan ke SMAASZA kepada pelajar tingkatan 1 berdasarkan keputusan ujian tersebut.

Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada para ibu bapa yang datang dan memilih SMAASZA sebagai destinasi pilihan untuk anak-anak mereka meneruskan pembelajaran di alam menengah.
 KLIK UNTUK MELIHAT FOTO-FOTO YANG LAIN
Terima kasih juga kepada semua yang terlibat di dalam menjayakan program ini.

0 comments:

Post a Comment

Foto galeri smaasza

SMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZA

HTML