Pada hari Khamis 24 Mac, Pengerusi Panel Penasihat Sekolah Kluster Kecemerlangan Y.Bhg. Tan Sri Datuk Seri Panglima Dr. Abdul Rahman Arshad telah datang ke SMAASZA dalam siri lawatan ke 3 buah sekolah kluster di Terengganu iaitu :
- SM Sains Kuala Terengganu
- SK Dusun Kuala Berang
- SMA(Atas) Sultan Zainal Abidin Kuala Terengganu
Lawatan ini adalah bertujuan untuk melihat aspek kepemimpinan dan pelaksanaan program kurikulum dan kokurikulum sekolah, khususnya program yang dibangunkan sebagai bidang kebitaraan (niche area) sekolah.
SMA(Atas) Sultan Zainal Abidin telah dipilih sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan pada tahun 2011 dalam bidang kebitaraan Sains dan Silat.
Di antara Atur Cara Lawatan adalah seperti berikut:
|
Ketibaan Rombongan Lawatan Kerja |
|
Ketibaan disambut dengan Persembahan silat oleh Persatuan Nadi Silat SMAASZA |
|
Sesi Bergambar |
|
Taklimat ringkas oleh Pengetua |
|
Lawatan ke sekitar kawasan sekolah |
|
Lawatan dan merasmikan Dewan Terbuka Silat SMAASZA |
|
Ucapan Tan Sri Datuk Seri Panglima Dr Abdul Rahman Arshad |
|
Jamuan tengahari |
|
Meninggalkan titipan kenangan di dalam buku pelawat |
|
Bertolak pulang |
Terima kasih diucapkan kepada Tan Sri Datuk Seri Panglima Dr Abdul Rahman Arshad dan isteri serta pegawai-pegawai JPN yang mengiringi lawatan kerja ini.
Jazakallah Khair
(جزاك الله خير)
'May Allah grant you goodness'
0 comments:
Post a Comment