SEKOLAH MENENGAH AGAMA ATAS SULTAN ZAINAL ABIDIN, JALAN SULTAN MAHMUD, 20400 KUALA TERENGGANU, TERENGGANU DARUL IMAN * TEL:09 6221086 * FAX:09 6317086 * Email:smaasza58@gmail.com *

Tuesday, January 31

Pidato Maulidur Rasul


Perhimpunan pagi 30 Januari diisi dengan slot pidato sempena Perayaan Maulidur Rasul pada tahun ini.  Di dalam majlis ini juga pengetua SMAASZA telah melancarkan Tabung Perayaan Maulidur Rasul 2012.
Selamat menyambut Maulidur Rasul pada 5 Februari bersamaan 15 Rabiulawal 1433 Hijrah.
Read More

Saturday, January 28

Bengkel kemahiran Pelajar Tingkatan 1 2012

Bengkel Kemahiran Pelajar Tingkatan 1 2012 telah diadakan pada 25-26 Januari baru-baru ini bertempat di Dewan Fikri SMAASZA.  Bengkel ini telah dihadiri oleh pelajar-pelajar tingkatan 1 SMAASZA yang mendaftar pada 12 Januari baru-baru ini.
 Bengkel ini adalah anjuran Bahagian Pendidikan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu dengan kerjasama sekolah-sekolah yang terbabit.  Tujuan utama adalah untuk memberikan pendedahan awal kepada pelajar tentang teknik pembelajaran selain menambahkan keyakinan mereka berada di alam persekolahan menengah. 
Read More

Friday, January 27

STAM 2012


Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2011 telah diumumkan baru-baru ini.  SMAASZA telah mencapai keputusan 98.53 %.  Seramai 68 calon telah menduduki peperiksaan ini pada tahun lepas dan 24 pelajar telah mencapai keputusan Mumtaz semua subjek. Berikut adalah keputusan STAM 2011:

Bil Calon
Calon tidak Hadir
Mumtaz
%
Jayyid Jiddan
%
Jayyid
%
Maqbul
%
Rasib
%
68
0
24
35.29
13
19.12
27
39.71
3
4.41
1
1.47
KEPUTUSAN STAM 2011 : 98.53%


SENARAI PELAJAR TERBAIK STAM 2011
Bil
Nama
Keputusan
1
Mohamad Hazim Hilmi bin Md Harun
10 Mumtaz
2
Siti Nor Mahiram binti Adnan
10 Mumtaz
3
Hazwani  Adhilah binti Mohd Zaki
10 Mumtaz
4
Muhammad Faris Izuddin bin Radzuan
9 Mumtaz, 1 Jayyid Jiddan
5
Abdul Rahman bin Bakar
9 Mumtaz, 1 Jayyid Jiddan
6
Muhammad Jauharul Arifin bin Ismail
9 Mumtaz, 1 Jayyid Jiddan
7
Siti Murdiah binti Salleh
9 Mumtaz, 1 Jayyid Jiddan
8
Ahmad Abdul Salam bin Ahmad Abdul  Karim
9 Mumtaz, 1 Jayyid Jiddan
9
Nurul Fatihah binti Mohd Bidin
9 Mumtaz, 1 Jayyid Jiddan
10
Nurul Hazwani binti Md Noor
9 Mumtaz, 1 Jayyid Jiddan
11
Muhammad Faiz Fathullah bin Kadir
8 Mumtaz, 2 Jayyid Jiddan
12
Muhamad Hanif bin Abdullah
8 Mumtaz, 2 Jayyid Jiddan
13
Zuhaila binti Dollah
8 Mumtaz, 2 Jayyid Jiddan
14
Tuan Fatimah Raihanah binti Tuan Ahmad
7 Mumtaz, 3 Jayyid Jiddan
15
Hasima Wani binti Hamlan
7 Mumtaz, 3 Jayyid Jiddan
16
Nur Amira Huda binti Azman
7 Mumtaz, 2 Jayyid Jiddan, 1 Jayyid
17
Ahmad Izzuan bin Zulkefli
7 Mumtaz, 2 Jayyid Jiddan, 1 Jayyid

                                Tahniah dan Syabas diucapkan kepada calon STAM 2011
Read More

Friday, January 20

Marathon SMAASZA 2012


 Marathon 2012 telah berlangsung selama dua hari bermula 18-19 Januari.  Pelajar putera dan puteri telah dibahagikan kepada empat rumah sukan iaitu merah, hijau, biru dan kuning.
Peringkat awal telah diadakan pada hari Rabu jam 3.30 petang dan peringkat akhir pada hari Khamis 8.30 pagi.  Trek laluan adalah menyusuri Jalan Pantai Batu Burok bagi pelajar puteri sementara pelajar putera sehingga ke Primula dan kembali semula ke sekolah.
Acara ini dimulai dengan senaman memanaskan badan yang diadakan di Dataran SMAASZA di ketuai oleh Setiausaha Sukan sekolah Encik Amir Hussin bin Ali. 
Acara sebenar Marathon berlangsung di padang sekolah.   Pelari Marathon telah dilepaskan oleh Pengetua Cemerlang En. Hashim bin Embong.Sila KLIK di sini untuk melihat foto-foto seterusnya.
Read More

Thursday, January 19

Wednesday is English Day


Panitia Bahasa Inggeris SMAASZA telah melancarkan satu program untuk meningkatkan penggunaan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar, guru dan seluruh warga sekolah amnya.  Usaha ini adalah merupakan satu daripada beberapa program yang dirancang oleh Panitia ini bagi meningkatkan keyakinan pelajar terhadap penggunaan bahasa Inggeris.
Program ini dijalankan pada hari Rabu setiap minggu dengan slogan  'Wednesday is English Day'.

Oleh itu pada Rabu 18 Januari baru-baru ini, Pengetua Cemerlang SMAASZA Encik Hashim bin Embong telah melancarkan program ini.


Read More

Wednesday, January 11

Mesyuarat Agong Pertubuhan Unit Beruniform 2012


Mesyuarat Agong Unit Beruniform pada tahun ini telah di adakan pada hari Selasa 10 Januari.

Pada tahun ini Ketua Guru Penasihat Persatuan Pengakap 2011 Puan Fatimah bt Mohamad telah dilantik sebagai Penyelaras Pertubuhan Unit Beruniform sekolah.
Unit-unit beruniform yang telah ditubuhkan adalah terdiri daripada Kadet Bomba, Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM), Persatuan Pengakap, Pergerakan Puteri Islam (PPI), Kadet Remaja Sekolah (KRS), Kadet Polis dan Nadi Silat.
Read More

Friday, January 6

Forum Pelajar Cemerlang Smaasza

Barisan ahlli panel forum
Unit Projek Kecemerlangan pelajar PMR telah mengadakan forum bersama pelajar-pelajar cemerlang PMR 2011 SMAASZA baru-baru ini. 

Forum ini diadakan adalah bertujuan untuk memberikan motivasi dan rangsangan awal kepada pelajar-pelajar PMR 2012 yang bakal menduduki peperiksaan PMR pada hujung tahun ini. 
Pelajar tingkatan 3 tahun 2012
Di antara guru yang hadir
 Adalah di harapkan forum seumpama ini dapat meningkatkan kesedaran dan keyakinan pelajar terhadap pelajaran.
Read More

Foto galeri smaasza

SMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZA

HTML