SEKOLAH MENENGAH AGAMA ATAS SULTAN ZAINAL ABIDIN, JALAN SULTAN MAHMUD, 20400 KUALA TERENGGANU, TERENGGANU DARUL IMAN * TEL:09 6221086 * FAX:09 6317086 * Email:smaasza58@gmail.com *

Saturday, February 15

Pelancaran Program Sahsiah Unggul Murid (SUMUR) & Budaya Amalan Guru Penyayang & Program Mentor Mentee

Ahad, 9 Februari 2014 telah diadakan pelancaran program SUMUR & Budaya Amalan Guru Penyayang & Program Mentor Mentee bertempat di Dataran Smaasza jam 7.30 pagi. Pelancaran program ini telah dirasmikan oleh Yg. Bhg. Tuan Haji Wan Said Bin Wan Salleh (Ketua Sektor, Sektor Pendidikan Islam JPN, Terengganu).

Sahsiah Unggul Murid (SUMUR) adalah idea dan hasrat YB DATO' SERI HISHAMUDDIN BIN TUN HUSSEIN, mantan Menteri Pelajaran Malaysia dan disambut oleh Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (JAPIM) KPM dengan mencetuskan Modul 5C iaitu Murid Contoh, Murid Cerdas, Murid Cerdik, Murid Cergas dan Murid Ceria.

Sumur telah dilancarkan oleh YB. Dato' Noh Bin Omar, Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia pada 29 Oktober 2007 di Sekolah Agama Menengah Tanjung Karang, Kuala Selangor, Selangor. Modul Sahsiah Unggul Murid (SUMUR) telah dimurnikan semula menjadi 4 program utama iaitu Program Budi Bahasa, Program Mutadayyin, Program Penampilan Diri dan Program Jati Diri.

Matlamat modul ini adalah untuk melahirkan murid yang memiliki personaliti terpuji dan boleh dicontohi oleh murid-murid lain, sentiasa memburu ilmu untuk kebahagiaan di dunia dan akhirat, mempraktikkan amalan penjagaan kesihatan yang cemerlang dalam kehidupan seharian, mempunyai ketahanan diri dalam menghadapi cabaran hidup serta berusaha meningkatkan daya kepimpinan dan bersemangat patriotisme.

Berikut merupakan beberapa moment yang dapat diambil semasa hari pelancaran tersebut.

Ketua Sektor SPI bergambar bersama guru-guru lelaki

Kek sempena gimik pelancaran majlis

Pelajar-pelajar bergambar bersama Ketua Sektor dan tuan pengetua Smaasza

Pengetua, En. Hashim juga mengambil kesempatan bergambar kenangan
bersama Ketua Sektor, Tuan Haji W. Said

0 comments:

Post a Comment

Foto galeri smaasza

SMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZA

HTML