SEKOLAH MENENGAH AGAMA ATAS SULTAN ZAINAL ABIDIN, JALAN SULTAN MAHMUD, 20400 KUALA TERENGGANU, TERENGGANU DARUL IMAN * TEL:09 6221086 * FAX:09 6317086 * Email:smaasza58@gmail.com *

Saturday, May 3

Majalah sekolah

Reka Bentuk Muka Hadapan Majalah SEMASA 2013
Buat julung kalinya majalah SEMASA telah diterbitkan dalam bentuk warna-warni sepenuhnya.  SEMASA Edisi ke-27 telah diterbitkan dengan jayanya dengan penampilan dan imej yang baru sesuai dengan SMAASZA yang telah bergerak maju ke hadapan.
Isi Kandungan Majalah SEMASA 2013
Sebahagian kandungan
Majalah SEMASA Edisi ke-27 ini telahpun diagihkan kepada pelajar-pelajar 2013.  Untuk makluman, kepada pelajar yang masih belum mendapatkannya bolehlah mendapatkannya sehingga 30 Jun 2014. Selepas 30 Jun 2014 majalah yang masih belum dituntut akan diagihkan kepada perpustakaan sekolah-sekolah di sekitar Kuala Terengganu sebagai koleksi perpustakaan sekolah.
Ketua Guru Editor sedang mengagihkan majalah SEMASA kepada pelajar SPM 2013

Pelajar sedang menikmati majalah SEMASA

Ambil jangan tak ambil...!

Berbangga dengan majalah sekolah!!!





Read More

Monday, March 31

kelas ICTL 2014

TIGER


Tigers live in hot jungles as well as in cold forests.  All wild tigers live in Asia. Some of them also live in the snowy forests of Siberia.  Others live in the humid jungles of Sumatra.  And some live in the dry grasslands of India.

A TIGER IS A POWERFUL JUMPER AND CAN EASILY LEAP TEN FEET (THREE METERS) OFF THE GROUND.  TIGERS CAN RUN 35 MILES PER HOUR! THAT'S REALLY FAST.  WHETHER IN THE WILD OR IN CAPTIVITY, THE TIGER LOVES TO SLEEP!

Tigers always live in forests because they offer places to hide.  Tigers do not like big open spaces.  Tigers like to hide, because they hunt by sneaking up on their prey.  If they didn't have grasses or trees to hide behind they will never get food!

TIGERS DO EAT PEOPLE-but only in very unusual situations!  Sometimes people roam where tigers live.  A sick or injured tiger finds it easier to attack a person than to hunt for its usual prey.

People have found ways to protect themselves by wearing masks on the back of their heads. Tigers only attack from behind, so the mask fools them. It seems like the person is always facing them! Another method used to deter tigers is Scarecrows- which gives electric shock so any tiger that touches the dummy gets a mild shock. It helps teach tigers to stop attacking people. Tigers don't like becoming pets because they are wild.  Even captive cubs that have been raised by humans are not domesticated. Trainers in a circus use whip or chairs to scare the tigers into subsmission.

White tigers are not a separate subspecies of tiger, they are not from cold, snowy climates-they come from India. White tigers are a rare form of Bengal tiger. They're regular tigers with whiskers and tails-they just happen to be colored white. White tigers actually range from pure white to white with chocolate brown or black stripes. Many white tigers have blue eyes, but some have amber or even greenish eyes. White is a very, very unusual color for a wild tiger. Of the thousands of tigers in the wild, only a few are white. There are many white tigers in captivity, though-and almost all of them are descended from a wild white Bengal tiger named Mohan that was captured in India in the 1950s.ps or chairs to scare the tigers into submission.

Almost all of the captive white tigers in North America today are descended from Mohan and are highly inbred. Some white tigers have also been mated with other tiger subspecies, creating what are called hybrid tigers.







Article source:
http://projecttiger.nic.in/whatdoestigerlike.htm


Read More

Friday, March 21

SPM 2013


Hari meraikan kejayaan SPM 2013 di SMAASZA berlangsung dalam suasana penuh kesyukuran dan kegembiraan.  Hari ini adalah hari yang amat bermakna buat pelajar-pelajar SPM yang telah sekian lama menunggu dalam debaran.  Suasana kegembiraan jelas terpancar di wajah menandakan penat lelah dan usaha gigih selama ini membuahkan hasil yang manis.  Tahniah buat pelajar-pelajar SPM 2013 yang meraikan kejayaan mereka kali ini.





Read More

Tuesday, February 18

Sukantara & Marathon SMAASZA (30 Jan 2014)

Sukantara dan merentas desa merupakan acara tahunan sekolah yang akan diadakan pada awal tahun, pembuka bagi acara-acara lain di sekolah. Tahun ini, program tersebut berjalan dengan lancar dan begitu meriah sekali. Semua guru dan pelajar telah menjayakan aktikivi kali ini dengan cemerlang. 

Rumah Kuning telah muncul sebagai johan keseluruhan dengan mata sebanyak 75 dan diikuti oleh rumah Biru dengan pungutan mata sebanyak 71, manakala tempat ketiga rumah Hijau dengan 70 mata dan tempat keempat rumah Merah 66 mata. Pungutan mata tersebut diperolehi melalui acara  yang dipertandingkan seperti bola jaring, bola sepak, badminton, sepak takraw, petanq, ping pong, bola tampar, futsal dan marathon.

Semoga SMAASZA akan terus menonjol dalam melahirkan lebih ramai juara. Kita nantikan kemenangan yang lebih hebat dalam MASMAT dan MSSDKT, insha Allah...Disertakan di sini beberapa gambar kejohanan, jika berminat untuk melihat lebih banyak gambar sekitar kejohanan berlangsung, bolehlah berkunjuung ke album smaasza .


Yeahhh...pertandingan dah nak dimulakan!!!

Semangat Rumah Hijau

Di antara peserta terawal yang sampai ke garisan penamat

Zulkhairi Di antara peserta terawal yang sampai ke garisan penamat


Di antara peserta terawal yang sampai ke garisan penamat

Guru Ketua Rumah bergambar bersama-sama

Read More

Saturday, February 15

Pelancaran Program Sahsiah Unggul Murid (SUMUR) & Budaya Amalan Guru Penyayang & Program Mentor Mentee

Ahad, 9 Februari 2014 telah diadakan pelancaran program SUMUR & Budaya Amalan Guru Penyayang & Program Mentor Mentee bertempat di Dataran Smaasza jam 7.30 pagi. Pelancaran program ini telah dirasmikan oleh Yg. Bhg. Tuan Haji Wan Said Bin Wan Salleh (Ketua Sektor, Sektor Pendidikan Islam JPN, Terengganu).

Sahsiah Unggul Murid (SUMUR) adalah idea dan hasrat YB DATO' SERI HISHAMUDDIN BIN TUN HUSSEIN, mantan Menteri Pelajaran Malaysia dan disambut oleh Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (JAPIM) KPM dengan mencetuskan Modul 5C iaitu Murid Contoh, Murid Cerdas, Murid Cerdik, Murid Cergas dan Murid Ceria.

Sumur telah dilancarkan oleh YB. Dato' Noh Bin Omar, Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia pada 29 Oktober 2007 di Sekolah Agama Menengah Tanjung Karang, Kuala Selangor, Selangor. Modul Sahsiah Unggul Murid (SUMUR) telah dimurnikan semula menjadi 4 program utama iaitu Program Budi Bahasa, Program Mutadayyin, Program Penampilan Diri dan Program Jati Diri.

Matlamat modul ini adalah untuk melahirkan murid yang memiliki personaliti terpuji dan boleh dicontohi oleh murid-murid lain, sentiasa memburu ilmu untuk kebahagiaan di dunia dan akhirat, mempraktikkan amalan penjagaan kesihatan yang cemerlang dalam kehidupan seharian, mempunyai ketahanan diri dalam menghadapi cabaran hidup serta berusaha meningkatkan daya kepimpinan dan bersemangat patriotisme.

Berikut merupakan beberapa moment yang dapat diambil semasa hari pelancaran tersebut.

Ketua Sektor SPI bergambar bersama guru-guru lelaki

Kek sempena gimik pelancaran majlis

Pelajar-pelajar bergambar bersama Ketua Sektor dan tuan pengetua Smaasza

Pengetua, En. Hashim juga mengambil kesempatan bergambar kenangan
bersama Ketua Sektor, Tuan Haji W. Said

Read More

Sunday, February 2

Data Guru 2014
    
Gred
Jantina
Jumlah
Lelaki
Perempuan
DG 54
01
0
01
DG 52
0
0
0
DG 48
6
22
28
DG 44
0
09
09
DG 41
05
23
28
DGA 34
0
01
01
DGA 32
1
8
09
JUMLAH
13
63
76


                                                                               Kemaskini Januari 2014
Read More

Monday, January 20

Demontrasi Bomba

Satu demontrasi bersama memadamkan kebakaran oleh Jabatan Bomba Kuala Terengganu dengan pihak sekolah telah diadakan di padang sekolah pada hari ini.  Aktiviti ini telah diadakan pada jam 1.30 petang dengan kerjasama oleh semua warga sekolah.
Tujuan aktiviti ini adalah untuk mendedahkan kepada pelajar dan warga sekolah tentang cara-cara yang betul untuk menangani kebakaran.
Penyertaan oleh guru dan pelajar telah memberikan pengalaman yang sangat berguna.  Pelajar boleh menyaksikan sendiri bagaimanakah cara memadamkan kebakaran.  Berikut adalah gambar yang sempat dirakamkan.








Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak bomba yang telah memberikan kerjasama bagi menjayakan aktiviti ini.


Read More

Foto galeri smaasza

SMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZASMAASZA SMAASZA SMAASZA SMAASZA

HTML